Quantcast
Channel: Keyboard Bercakap
Viewing all 478 articles
Browse latest View live

#motivation quotes - Orang Kaya vs Orang Miskin

$
0
0

Kenapa zaman sekarang semua orang berebut tak kesudahan nak berniaga kalau boleh dari rumah guna laptop sambil goyang kaki?

Anda ingat senang?


Saya belajar dengan cara yang susah. Saya train minda saya. Yes memang ambil masa yang lama untuk saya belajar apa itu yang di maksudkan FOCUS seperti mata tajam burung helang.

Tapi saya push diri saya. Cuba bagi tahu saya. Siapa yang tak nak lifestyle dengan passive income? Travel satu dunia, duit tetap masuk. Reality memang dah ramai pun orang kerja macam ini. Cashflow 5 angka masuk setiap bulan.

Berapa ramai yang “NAK”? Tapi berapa ramai juga yang hanya sekadar “NAK” tanpa bertindak seperti orang yang benar-benar “NAK”.

Kenapa benda ni berlaku?
Sebab semangat ENTREPRENEURSHIP itu tiada dalam jati diri. Sebenarnya-benarnya mereka hanya berfikir seperti “NAK” jadi usahawan, tapi mereka sendiri masih keliru. Mereka terlupa akan sesuatu yang lebih unggul dari seminar-seminar yang kini bersepah tak cukup kira pakai jari.
Mereka tidak berfikir dan bertindak 500% seperti orang yang dah benar-benar berjaya.

Hanya mencari peluang, tapi belum benar-benar menjiwai ENTREPRENEURSHIP memang tidak akan kemana2. Itu semua nanti jadi abu selagi INNER STRENGTH pun masih longlai.

Dalam blog post ini, saya akan tekankan cara-cara berfikir seperti orang kaya. Nak kaya? Betul nak kaya? Betul-betul nak berubah untuk jadi kaya? Betul-betul baca blog post ini dan fahamkan.

Tanya diri sendiri kenapa aku masih belum berjaya… ZERORIZE IS KEY !!!

1. Orang kaya akan cakap “aku yang resposible untuk tentukan macam mana aku nak hidup”. Orang miskin akan cakap “rezeki tiada, atau cukup la sekadar apa yang dah di beri”.

Orang miskin sentiasa akan blame orang lain, benda itu ini yang menjadi penghalang impian. Sentiasa mencari alasan tak habis-habis.
Enough!

Orang kaya sentiasa take charge of the situation! Become the alpha! You are lions.

2. Orang kaya akan invest duit untuk menang. Orang miskin akan simpan duit sebab takut nak kalah.

Penakut walau macam mana besar suara, sentiasa penakut. Kalau takut nak labur duit dengan ilmu dan perniagaan, jangan berniaga. Sebab nak berniaga mesti ada kedua-dua sekali. Ilmu itu wajib. Saya sanggup spend berpuluh ribu untuk ilmu, sebab saya yakin, pulangannya bukan sekadar duit tapi lebih dari itu. Cahaya kehidupan.

3. Orang kaya bagi 500% commitment untuk jadi kaya. Orang miskin sekadar nak jadi kaya.
Hanya pandai berkata-kata. Tapi tindakan, seperti air di dalam bekas yang berdebu. Nak kaya, tapi pemalas. Dah pemalas, jangan harap nak jadi kaya.

4. Orang kaya sentiasa berfikiran besar. Orang miskin sentiasa berfikir kecil.
Ataupun dengan kata lain, orang kaya sentiasa berfikir tentang impian. Orang miskin, hanya pandai berfikir masalah. When your dream is bigger than problems, you won’t have a problem.

5. Orang kaya focus pada peluang. Orang miskin focus pada halangan.
Peluang dah ada di depan mata tapi masih lagi berfikir “kalau tak jadi nanti macam mana…”

Nampak?
Belum buat pun lagi dah ada halangan then bagaimana nak berjaya?
Tak cuba macam mana nak tahu?

Ini category minda paling lemah. Saya advice tengok cerita In Pursuit Of Happiness. Lakonan oleh Will Smith. Superb movie.

6. Orang kaya sentiasa jadikan orang yang lebih kaya sebagai idola atau peminat setia. Orang miskin angkuh, berlagak, dan sombong walaupun tak sedar diri dia miskin.

Mindset orang macam ini sebab mereka belum benar-benar Zerorize.

- dipetik dari fb Zairy Mohd Noor (7 november 2014)

Ketuat Tapak Kaki

$
0
0

aku tak tau mana dapat ketuat ni... tapi bukan la sebab aku tak jaga kebersihan... walaupun ada artikel mengatakan ketuat boleh tumbuh jika tak jaga kebersihan, bukan bermakna orang yang pembersih tu takkan kena ketuat tau...

ceh... ayat kemain nak defend...

Ketuat ni disebabkan virus Human Papilloma (HPV) dan boleh merebak melalui sentuhan.  ketuat ni boleh berjangkit. tapi bukan la maksudnya ko sentuh ketuat tu, lepas tu selet kat pipi, bole tumbuh ketuat. bukan begitu.

cara berjangkit ialah kalau ketuat tu berdarah, ketuat tu bole merebak / beranak (jangkit la tu) kat area yang dekat2...

macam aku, ketuat tumbuh kat tapak kaki... besar. lepas tu aku biarkan je tapi bile sampai tahap rasa tak selesa nak berpijak, aku pun kutis2 guna ketip kuku....pernah jugak sampai berdarah, tapi ketuat tak jugak tanggal. lepas tu lama2, ketuat ni beranak2 pulak kat area berdekatan, but still kat tapak kaki, cuma saiz lebih kecik. kira macam dah ada seketul yang besar, then area lain tu ada anak2...gitu....

dah lama jugak aku google macam2 cara nak buang ketuat ni. ketuat ni sebaiknya jangan pakai ketip kuku kecuali ko sanggup nak ketip sampai keluar akar2 dia...kalau dah ketip pastu tengok dekat2, ketuat ni ada bintik2 hitam kat dalam. Dari artikel Dr Zubaidi kata - itulah salur darah yang memberikan nutrient kepada ketuat tu... 


sebab tu la kalau guna ketip kuku memang berdarah2 la nanti, darah tu ada virus punca ketuat.... so tak digalakkan la kot nak pakai cara tu... kalau sanggup, haa try ler... (memang ada orang buat camtu, sila google, berdarah2 kaki beliau)

1st, aku cuba petua sapu ACV - Apple Cider Vinegar. Cuka epal. bukan jenis cuka epal jernih tu yer.... gunakan cuka yang berkeladak. kalau yang jernih tu dah takde khasiat pun. takde efek pun kalau guna cuka epal jernih....

contoh ACV yang aku guna :

iklan kejap : ACV ni ada banyak benefit. memang selalu ada kat rumah aku untuk kegunaan dalam masakan, buat toner muka, sebagai ubat jerawat dan jugak detox toksin dari dalam badan... sebenarnya ada banyak lagi khasiat ACV ni. untuk anak2 demam pun bole.

*semua rawatan perlukan sukatan yang betul, bukan terus tepek ACV gitu je. aku citer benefit secara ringkas je. dapatkan panduan cara guna yang betul.

ok so... dalam seminggu, aku try letak ACV kat ketuat. caranya, sebelum tido, tuang ACV kat kapas secukupnya, lepas tu lekatkan kapas basah tu kat ketuat dengan handyplast atau salotep. pastu tido. biarkan sampai pagi.

aku tengok petua ni agak berkesan. aku nampak la progress ketuat tu lama2 jadi hitam dan nak mati. tapi sebab aku pun bukan jenis sabar sangat, so rawatan tu separuh jalan aje la.... maka tak la gugur si ketuat tersebut....

last-last aku beli je laa ubat ketuat kat farmasi :
ada satu ubat tu nama dia "duofilm" - sejenis ubat ketuat jugak. mengandungi bahan Salicylic acid. mula2 aku pergi farmasi nak carik "duofilm" - hasil google, ramai yang komen, pakai ubat tu untuk tanggalkan ketuat. tapi kat farmasi yang aku pegi tu dah habis stok... so aku beli je la Hurix's Corn Solution. Bahan dalam isi kandungan dia sama je ngan duofilm - Salicylic acid. 

ubat ni adalah sejenis asid yang menghakis yer... so jangan pakai kat muka pulak, karang habis mengelupas kulit muka yang mulus iteww...

ubat ni memang khas untuk ketuat kat tapak kaki. caranya sama macam guna ACV. sapukan rata2 kat ketuat sebelum tido, biarkan kering. sapu jugak kat kapas, lepas tu lekatkan kapas kat ketuat tu. buat tiap2 malam sampai nampak kulit kat ketuat tu mula mengering dan mengelupas. masa kulit dah mengelupas ni punya laa syiok aku siat2... lepas tu lembut je kulit kat tapak kaki aku ni... haha

ubat ni mesti sapu kat ketuat sahaja sebab ubat ni akan buatkan kulit terkupas. kalau terkena kat area yang takde ketuat nanti, abes la kulit yang sihat tu turut terkupas (macam aku ler). ubat tu meleleh kena kat area lain, so memang besar la kulit yang terkupas. tapi lepas tu akan tumbuh kulit baru yang lembut... tempoh rawatan dalam sebulan lebih, yang penting kena laa istiqamah sapu ubat tu...

ketuat dah tanggal... kulit tapak kaki pun licin sebab dah tumbuh kulit baru...

area yang aku bulat2kan tu la ketuat. mula2 tumbuh kat bawah ibu jari tu je, lepas tu beranak2 pulak kat jari2 lain... itu yang boleh nampak dalam gambar, yang tak nampak, ada lagi 3-4 bijik baru nak tumbuh dekat2 situ jugak... ketuat ni sangat annoying kalau ada....

sesiapa yang ada masalah ketuat, boleh try cara ni... good luck!

Kenapa aku perlu : Virgin Coconut Oil

$
0
0
takde cerita nak cerita, so aku cerita la pasal Virgin Coconut Oil - VCO yang aku makan ni sejak aku mengandung sampai wyna dah nak masuk 3 tahun... tahun ni...

aku tahu pasal VCO ni dari group emak2 kat fb dulu. apa yang aku ingat lagi... 

- bagi VCO masa wyna demam atau batuk selsema untuk naikkan imun badan dia untuk lawan jangkitan. titiskan dalam bekalan susu... kalau dapat, aku seboleh2nya elak bagi ubat2 kimia tu kat baby...
- aku sendiri makan atas sebab yang sama - aku makan VCO, insyaAllah anak dapat zat VCO melalui susu ibu...
- masak baby food wyna guna VCO, (selain olive oil)...atau campurkan sikit dalam baby food tapi untuk mak pak pakai minyak masak sawit jah... hihihi
- sapu kat ruam lampin wyna masa baru2 nak mula tanda2 ruam lampin, Alhamdulillah esoknya dah hilang...
- rawatan garlic oil, bakar bawang putih, hancurkan dengan minyak VCO jugak... 

sekarang ni aku nak try pulak untuk lebatkan balik rambut aku dengan VCO... 

Apa lagi yang boleh dibuat ngan VCO?
35 KEGUNAAN VCO (MINYAK KELAPA DARA)
________________________________________
•  Boleh meningkatkan penghasilan susu dan memberi nutrient kepada ibu yang menyusu. Makan 1 sudu besar minyak kelapa dara setiap hari. Jangan bimbang. Ianya tidak memudaratkan ibu dan bayi kerana jika kita lihat kembali datuk mak nenek kita dulu dulu, mereka menggunakan minyak kelapa dalam masakan sebelum datangnya industri kelapa sawit. Jadi, ianya memang tidak berbahaya. 
________________________________________
•  Boleh digunakan untuk memulihkan puting susu ibu yang merekah atau melecet menggantikan penggunaan lanolin
________________________________________
•  Boleh digunakan untuk memulihkan kulat susu (trush) di lidah bayi kerana sifatnya anti-fungal. Lebih mudah , hanya sapukan pada puting ibu sebelum menyusukan bayi >>> VCO ni bersifat anti-virus, anti bacteria, anti-fungus dan anti-protozoa
________________________________________
•  Untuk urutan badan bayi anda. Massage bayi anda dengan menggunakan minyak kelapa. Ianya baik untuk kesihatan kulit bayi anda. >>> Baik untuk kulit jugak!
________________________________________
•  Sapuan untuk merawat ruam susu di pipi bayi anda.
________________________________________
•  Sapuan untuk merawat ruam lampin bayi anda. Ini aku dah buat. Memang berkesan.
________________________________________
•  Melegakan hidung bayi yang sedang selsema. Biasanya hidung bayi akan merah semasa selesema. Sapukan untuk melegakannya. Sifat minyak kelapa yang anti-bacteria mampu mengurangkan gejala selsema bayi. >>> ulang lagi : VCO ni bersifat anti-virus, anti bacteria, anti-fungus dan anti-protozoa
________________________________________
•  Boleh juga digunakan sebagai ubat gigi bayi.
________________________________________
•  Pelembut rambut anda dan bayi. Sapukan minyak kelapa selepas mandi sebagai hair moisturizer. 
________________________________________
•  Untuk bayi yang baru lahir, minyak kelapa boleh digunakan untuk menghilangkan cradle cap atau kerak di kepala bayi. Sapukan dan biarkan minyak kelapa menyerap ke dalam kulit kepala seketika. Kemudian bolehlah mengambil berus atau sikat bayi untuk menanggalkan kerak tersebut. Pastikan sikat secara perlahan.
________________________________________
•  Baik untuk bayi yang mempunyai eczema kerana minyak kelapa melembutkan kulit.
________________________________________
•  Kerana sifatnya yang anti-viral, minyak kelapa dara juga baik disapukan di tangan, mulut dan kaki anak anda yang sedang demam kaki tangan dan mulut (hand-foot-mouth desease) >>> dah kata tadik : VCO ni bersifat anti-virus, anti bacteria, anti-fungus dan anti-protozoa
________________________________________
•  Baik untuk melembutkan bibir yang kekeringan.
________________________________________
•  Melebatkan rambut. Kesannya rambut yang lebat dan tebal.
________________________________________
• Mengurangkan rasa gatal di tempat bekas gigitan nyamuk atau serangga. 
________________________________________
•  Sapu di muka bayi yang mempunyai jerawat bayi (baby acne). Biasanya bayi baru lahir mempunyai baby acne.
________________________________________
•  Menanggalkan secara lembut makeup, foundation dan mascara. >>> sebelum ni aku guna baby oil je.
________________________________________
•  Melegakan kesakitan akibat jangkitan telinga. Titiskan beberapa titis ke dalam telinga untuk mengurangkan kesakitan. >>> jangkitan = virus / bakteria. VCO ni bersifat anti-virus, anti bacteria, anti-fungus dan anti-protozoa
________________________________________
•  Melegakan batuk, selsema dan kesejukan (flu) pada bayi. Sapukan minyak kelapa di dada dan di ‘tailbone’ bayi untuk melegakan batuk dan selsema. Boleh juga titiskan sedikit minyak pati peppermint atau minyak kayu putih ke dalam minyak kelapa untuk dijadikan Vicks semulajadi.
________________________________________
•  Boleh disapukan diperut untuk mengelakkan kembung perut bayi. 
________________________________________
•  Sebagai face moisturizer semasa berpantang dan hari hari seterusnya. Ia mungkin membuatkan kulit muka anda berminyak sedikit tetapi tidak membuatkan kulit anda berjerawat. Minyak kelapa dara dapat menanggalkan kekotoran dan minyak berlebihan yang terperangkap di pori-pori kulit
________________________________________
•  Boleh disapukan pada jahitan episotomy dan natural tear untuk mencepatkan penyembuhan luka dan memudarkan parut.  
________________________________________
•  Boleh membantu melawaskan sembelit semasa berpantang atua hari biasa. Tambahkan minyak kelapa ke dalam diet harian.
________________________________________
•  Mengurangkan kesan stretch mark.
________________________________________
•  Gunakan minyak kelapa dara sebagai minyak masakan semasa berpantang.
________________________________________
•  Boleh di sapu di bahagian dubur bayi untuk melegakan kesan sembelit. 
________________________________________
•  Diambil untuk mengurangkan jangkitan yeast dan candida bagi wanita hamil.
________________________________________
•  Tidak cukup tidur boleh akibatkan kehitaman di bawah mata. Sapukan untuk menghilangkan kehitaman di bawah mata. Maklumlah, ibu menyusu memang akan terjaga banyak kali untuk menyusukan bayi di malam hari.
________________________________________
•  Sapukan diperut ibu yang mengalami ketidakselesaan 
________________________________________
•  Sapu minyak kelapa dara untuk urutan perineum yang boleh mengelakkan koyakan dan membantu pembukaan vagina semasa bersalin dengan lebih effective. >>> ni terbaik. tanak koyak, bole urut2 selalu.
________________________________________
•  Boleh bantu mengurangkan berat badan dengan pengambilan minyak kelapa dalam diet harian.
________________________________________
•  Untuk kesihatan sistem penghadaman jika diambil dalam diet seharian.
________________________________________
•  Boleh sapu sebagai pelembap di bahagian tubuh yang kekeringan.
________________________________________
•  Sifat minyak kelapa dara yang antioksida juga mampu menghilangkan kedutan di wajah. 

And the list goes onnn.... ada banyak lagi sebenarnya.
Disebabkan aku ni memang banyak benda yang aku guna VCO, so aku prefer cecair dalam botol. Kalau yang nak makan tapi tak lalu tu bole jugak try jenis dalam softgel. cuma... mahal jer la dari jenis cecair... hehehe

yang pertama dari kiri tu lah VCO yang aku guna lepas aku lahirkan wyna... 

anyway, aku takde jual VCO. aku just citer pengalaman je. Korang kalau pi google kebaikan VCO ni mesti banyak jumpa blog2 atau website yang jual VCO... hehehe. Yang ni, aku beli kat Cosway jer...

Share beli ESP

$
0
0
Bulan ni promo ESP beli 6 percuma 1 botol. Kalau ada yang berminat nak beli... kali ni bole beli dengan harga yang lagiii murah... satu jar RM110 free postage. Tapi syaratnya beli ngan aku jer lah...

Whatsapp aku terus ok - 0127370107


Kalau nak vitamin lain yang promo jugak bulan ni pun boleh gak share beli... punn bole dapat harga murah...

Short Entry

$
0
0

Just nak membebel since aku pun tak tau nak luahkan kat siapa dan org sume bz takde masa nak layan apa yg aku nak bebelkan... aku faham sebab kdg2 aku pun mcm tu....

Boss nak hantar 2 org officemate aku yang berbangsa melayu... yg lain staff cina lah... sorang staff yang buat embroidery sample, lagi sorang accountant... dua2 ni masih single.

Yang budak account ni... dia tanak pegi. Sebab teambuilding ni macam ala2 kem motivasi lah... cuma kena check in hotel. 3 hari 2 malam.

Lepas tu dia bole cakap kat aku ngan kawan2 lain... dia nak suruh boss gantikan tempat dia ngan aku so dia tak payah pegi sebab... sebab dia baaaannnyyaakkk keje... terutama skali lepas gst (team building tu in april)... so dia banyak benda nak settle, kalau dia takde kat opis, nanti susah...

Yang aku bengang tu... ko apesal pulak pandai2 nak SURUH BOSS GANTIKAN AKU tempat ko? Ko cakap je la ngan boss yg ko tak bole pegi...tak payah la ko petik nama sape2... biar boss yg decide...

Dia pikir keje dia... tak pikir lak aku ni ada family... ada anak yg masih susu badan even dah 2 tahun lebih. Aku tak pernah lagi berpisah ngan anak lebih dari sehari semalam. Tak pikir nanti siapa nak hantar.. nak amik anak aku? Selama ni zuel sangat jarang kena handle anak bersendirian... kalau aku takde macamana la...

Memang la keje aku tak laa sesibuk keje dia kan.. gaji aku pun tak la sebesar gaji diaa...  tapi tak bermakna dia bole sesuka hati petik je nama aku nak suruh aku pulak ganti tempat dia...

Bengang betul. Cakap tak pikir. Pikir diri dia je.

Selfish!

Wordless Wednesday

$
0
0
hmmm... nak panggil nama apa yer?

Ape citer?

$
0
0
macam biasa la kalau dah lama tak masuk tulis blog, klise la blogger tu nak buat2 tiup sawang kat blog tu kann.... puhh! puhhh!

kesian yang komen kat entri, tak sempat nak approve lagi. aku ngadap blog ni sambil2 makan anggur hitam, sementara tunggu zuel gi tampal tayar motor ngan tapau dinner. lapar gilaaa....

breakfast - roti canai banjir + roti bakar 1 set
lunch - nasi lauk kari ayam, ikan masin dan pucuk tenggek burung, sambal belacan sikit
petang - sebiji pisang makan dalam keta sebelum gerak balik

tak sampai umah lagi, perut dah krokk kreekk kriookk... adui laa... lapanyaaaa....
ni yang lepas mandi & solat, terus capai semangkuk besar anggur hitam... nak tunggu zuel balik, mana bole tahan! ntah kenapa sejak awal2 pregnant hari tu, buah anggur ni paling aku selera... nak lagi makan sejuk2.... uiii

apa citer nak update?

MAK MERTUA MENINGGAL
Mak mertua aku dah pun meninggal dunia... kira2 10 hari lepas. (Al-Fatihah)
aku macam takde cerita pasal arwah mak kat blog kot... arwah start lumpuh sebelah badan sejak dia terjatuh... aku rasa ada dalam setahun lebih kot... tapi lepas tu arwah agak sihat, kembali mampu berdiri dengan bantuan, dan berkomunikasi dengan jelas... cuma diri perlu diberi perhatian macam nak mandi ke, tukar pempers ke... makan pakai perlu diuruskan...

Lepas tu arwah mak ada jatuh lagi dan sejak tu kesihatan arwah mak semakin merosot. ingatan arwah mak pun makin kurang sampai mak aku pun arwah dah tak kenal lagi... arwah cuma kenal orang2 lama yang rapat dengan arwah. Kadang2 arwah bercakap seolah dia berada di zaman 30 tahun yang lalu, yang buatkan orang keliling kadang2 keliru dengan apa yang arwah mak cakap...

cuma terkilan sikit sebab kitorang baru separuh jalan nak sampai kampung lepas bapak call bagitau keadaan mak, pastu adik ipar bagitau mak dah takde. Tapi sekurang2nya kitorang dah balik tengok mak masa cuti raya cina yang lepas...
kenangan arwah mak kat rumah kitorang kali terakhir... raya haji yang lepas

WEAN OFF / CERAI SUSU
aku memang dah plan pun nak cuba2 wean off wyna sejak dia umur 2 tahun, tapi slow2 lah... cuma sejak aku tau aku pregnant lagi, lagi laa aku nak wean off... bukan sebab orang tua2 kata anak tu minum darah laa, ape laa (pape2 mitos tuu), cuma aku rasa sakit! bila pregnant, cik B tu kan sakit macam orang period jugak...

mula2 tu kesian jugak la...sampai wyna macam tak boleh nak tido tanpa nenen dulu. dah terbiasa nenen sampai tertido.... so aku kena la tabahkan hati... bila wyna mintak je, aku tak bagi. tapi ada jugak la petua2 aku buat - selet asam jawa atau ubat gigi. cuma tak la gigih sangat sebab aku malas kejap2 nak selet asam jawa. hahaha. kalau dah nak tido malam, mana ada asam jawa dalam bilik tido. nak turun bawah dah malas... selet laa ubat gigi. tapi pakai ubat gigi ni tak bagus sebab masuk dalam mulut anak. so kalau bole tak payah try....

lama2 bila dah terkena masam asam jawa, pedas ubat gigi, bila dia mintak nenen, pastu nampak ada benda pelik kat cik B, mesti wyna reject. tapi lepas tu menangis laa... nangis sebab tak dapat nenen.... lama2 dia mintak la susu. kesian.

kalau balik kerja, aku bagi wyna leka ngan kartun kat youtube ke, atau apps untuk budak2 macam kids songs etc... kadang2 aku belanja la roti ngan air. buat wyna kenyang, buat wyna leka, so takde la dia mintak nenen.

mula2 tu memang wyna menangis nada sedih sebab tak dapat... memang kesian. tapi aku tak bole mengalah ngan dia punya menangis tu. kalau tak, bila nak cerai susu kan... kena la tahan beberapa hari. bila nak tido malam tu, kadang2 wyna nak baring2 bawah ketiak aku, sondol2 cik B, ok laaa...aku bagi la chance... kadang2 dia nak minum susu botol dengan aku sekali baring ngan dia, atau aku pegangkan botol dia... ok je, aku layan je asalkan dia tak mintak nenen lagi...

ok last2 macam skrang ni, dah jarang la wyna mintak nenen lagi. mungkin dia tau, dah tak dapat nenen lagi. aku selalu cakap la ngan wyna... "wyna dah besar, tak boleh nekk lagi...nekk ibu sakit... minum susu je yer?" yang penting sepanjang proses nak wean-off susu ibu ni, kena tetap belai2 anak, supaya anak tak terasa tiba2 dia hilang pelukan ibu... yela, kalau nenen kan manja2 ngan ibu, peluk2.... tetiba dah tak dapat semua tu lagi... sebab tu time bagi susu botol pun kadang2 aku baring je sebelah wyna...

tahun ni wyna masuk 3 tahun. rasa sekejap? laa ni dah pregnant, terus aku teringat masa wyna masih baby dulu.... T_T lepas ni kena laluinya lagi sekali.... ohhh mata pandaaaa. takde tido lena lagi malam2 yer... hukhukhuk

sejak wyna dah lepas umur setahun lebih, makin lama kesihatan wyna bertambah baik, Alhamdulillah... teringat aku antara masa wyna pernah sakit dulu2.... sambil tulis ni sempat gi #throwback pulak...


pssst... antara yang bestnya jadi ibu ngandung ni, tetiba je suami hantar mee sup kat bilik time aku taip blog ni.... tapi.... mee sup??? aku pesan burger tadi....

zuel cakap, aku kena makan makanan berkhasiat...
k fine. tapi takde selera nak makan mee laaa

Tanah liat playdoh buat sendiri

$
0
0
Tepung gandum... selain untuk dibuat makan, boleh jugak dijadikan tanah liat untuk anak2 kita main...

Memang kat umah aku pun ada tepung gandum yang belum luak... so saja la aku try buat tanah liat...

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan garam halus
1 cawan air masak
1 sudu besar minyak masak (aku guna minyak kelapa)
Pewarna makanan

Cara-cara
1 - Campurkan tepung dan garam dalam satu mangkuk dan gaul rata.
2 - Campurkan minyak, gaul sebati.
3 - Tuang air sedikit demi sedikit sambil uli tepung hingga tepung menjadi doh yang tidak melekat dan selesa dipegang.
4 - Bahagikan doh kepada beberapa bahagian mengikut warna yang nak digunakan. Kalau nak letak 4 warna, bahagikan tepung kepada 4 bahagian.
5 - Letakkan pewarna pada doh tepung dan uli hingga warna tepung sekata.

Siap!

Mula2 doh tepung ni agak berbiji halus sebab ada garam tapi lama2 garam tu akan larut dalam doh.... 

Tapi serius la.... menitik peluh mak buyong ni menguli tepung pakai tangan... penatnyaaaa.... kalau tak sanggup uli, pegi je laa beli playdoh dah siap tu... atau guna mixer ke, food processor ke...

Simpan tanah liat ni dalam bekas kedap udara sebab kalau terdedah kat udara, tanah liat ni jadi kering. Zuel impess bila tengok tepung gandum boleh jadi tanah liat untuk wyna main. Macam2 soalan dia tanya... dah ler letih uli tepung, letih nak menjawab... haha

Takde bau yang memeningkan - odourless. Cuma tanah liat dari tepung gandum ni tak sekental tanah liat yang kita beli la kut...

Ps - arwah nenek aku kemain marah kalau buat main makanan...huhu


2nd pregnancy - 1st trimester

$
0
0
walaupun aku dah pernah ada pengalaman mengandung dan melahirkan, tapi setiap pengalaman mengandung anak-anak tu ada bezanya... 


LOYA
kali ni, aku rasa loya dia macam tak sudah2... sampai laa ni dah minggu ke 11 nak masuk minggu ke 12 pun kadang2 masih ada rasa "bluekkk"... sometime macam nak muntah tapi tak muntah pun, bunyik je lebey....

masa minggu2 awal dulu, aku muntah sebab perut loya. so... layan je lah. memang perit pahit sikit tekak tu, tapi perut cam lega lah bila dah muntah. Situasi ni, aku jarang hadap masa mengandungkan wyna... 

SELERA MAKAN
sebab perut selalu rasa tak best, aku pun tak tau laa nak makan apa. yang aku perasan, paling tak minat makan nasik sampai la aku makan nasik ngan sambal belacan. sejak tu, aku mesti nak letak sambal belacan bila makan nasik, baru ada selera. dari sambal belacan, membawa kepada meratah potongan cili api hijau, sebab sambal belacan takde. dan kemuncaknya aku ratah cili api hijau dalam soy sauce....hmmmm dap! 

ada sekali masa aku gi seminar kat pulai spring minggu lepas, masa dinner, aku makan nasik. tapi slow sikit sebab takde cili api kat sana. amoi opismate yg duduk bertentang ngan aku ni seorang vegetarian, so dia order terung goreng, aku nampak ada baki2 cili api lepas dia habiskan lauk dia. aku nak mintak, segan. aku ni terkulat2 la ngabiskan nasik yang lagi satu dua suap. bila dia blah je dari meja dia, terussss aku ceduk dua potong cili api and ngappp! masuk mulut dan cakap kat member sebelah.... EMMMM SEDAPNYAAAA!

member sebelah tu ngandung jugak, dia kata "faham kak...sy faham!" haha. esok masa lunch, aku mintak waitress tu cili api potong, aku amik sikit letak dalam bekas kecik yang memang dah tersedia soy sauce. apa lagi... lepas habis makan nasik, dok kutis2 sepotong dua cili tu, makan macam tu je... sedapppp!

tapi sekarang dah takde lagi rasa nak makan cili api... bila makan tu dah tak rasa nikmat sangat macam minggu yang lepas2.... so mungkin selera dah tukar kot...

BEHAVIOR
dalam 1st trimester ni, memang aku sangat sangat sangat sangat letih dan malas. takde mood. bosan. moody. nak marah. rasa tak nak buat apa2. rasa nak tidoooo je. berdiri pun rasa nak semput. kalau bole solat tu pun aku nak solat duduk je. punya la rasa macam penat gilaaa berdiri tak sampai berapa minit tu... 

most of the time aku prefer duduk dan baring. masa cuti pun, makan tido lepak je... first time pregnant dengan nak handle anak sulung umur 3 tahun ni, kadang2 naik jugak hot temper aku kalau wyna buat perangai. atau nak request apa2 time aku rasa aku tengah penat atau takde mood. kadang2 aku terpikir jugak, macamana kan, orang yang mengandung setahun sorang tu, lagi banyak ragam nak handle, sebab anak kecik lagi... lagi banyak ragam nak handle... at least wyna ni, faham apa kita cakap, kalau berjalan pun, dah tak payah nak dukung selalu...dia bole jalan sendiri. memang tak larat aku nak dukung lelama.... bole sakit pinggang aku...

SUPPLEMENT
minggu2 awal tu, aku minum jugak la susu kambing. lepas tu aku minum ikut tekak aku lalu nak minum, rasa nak minum kopi O, aku minum je. rasa nak nescafe, aku minum je la. but make it less lah. dah susu tak lalu nak minum. tapi fresh milk sejuk tu ok pulak. 

since aku tau aku dah pregnant, aku teruskan makan vitamin B & multivitamin macam biasa. lagipun memang aku dah amalkan sebelum aku pregnant, lepas tu aku tak dapat supplement asid folic - pil kuning yang kecik2 tu, so aku makan je la vitamin B yang ada tu. kalau tengok, vitamin B tu pun kaler kuning dan bau pun macam pil asid folic jugak. err... memang vitamin B tu dah ada skali asid folic pun... haha
koleksi dalam laci opis sebelum pregnant

masa awal2 pregnant, aku tak makan dengan seimbang. kan perut loya. so mesti makan multivitamin supaya bole top up apa zat yang kurang. vitamin ni pun memang dah ada kat umah, so makan je la. tak payah dah nak beli obimin. masa first checkup, doktor tanya aku makan vitamin apa? aku jawab je la... "shaklee je doktor... ok ke?" doktor jawab "ohh.. yes! that's good! teruskan makan ya"

cuma bila pregnant ni aku tambah pil kalsium since aku pun kurang makan sayur, kacang2 apa lagi minum susu. sebelum tido, make sure telan pil kalsium dulu. pil kalsium ni sangat2 membantu masalah sembelit. kalau pregnant kan, kadang2 susah nak berak... haha. bile aku konsisten makan pil kalsium sebelum tido, kadang2 tu waktu pagi, dalam pukul 6 pagi camtu, aku dah rasa sakit perut nak membuang... setakat ni tak pernah kena kejang kaki lagi laa... tak tau lagi nanti bila perut dah besar cemana pulak... masa aku ngandungkan wyna, selalu jugak kejang kaki....

ok, tu je update untuk kali ni. bai

Kelas Mandarin Johor Bahru

$
0
0

pegi pasar malam, beli buah delima 2 bijik, cuba2lah cakap "berapa harga?" dalam bahasa cina... tapi aku punya kembang senyum sampai ke telingaa... macam nak kena penampar je...

aku amik keputusan nak join kelas mandarin since awal tahun hari tu... tak ingat bulan berapa. tapi macam sebulan ke dua bulan sebelum intake march - june bermula (1 intake 3 bulan), aku dah letak booking fees.

kenapa aku nak belajar bahasa cina? 
1 - sebab aku dah fed-up tengok 90% vacancy kat jobstreet yang meletakkan syarat perlu tahu menulis dan berbahasa Cina. 
2 - aku rasa curious bila aku cina2 kat opis sebut nama aku tapi aku tak tau ape yang diorang cakap pasal aku.... 
3 - aku rasa bodoh je duduk dalam kumpulan officemate cina tapi diorang semua sembang bahasa cina, gelak2 tapi aku diam... 
4 - semakin perlunya memahami bahasa cina dalam urusan jual beli... 

keperluan nak belajar bahasa mandarin ni mungkin berbeza setiap orang. macam aku, memang aku rasa aku perlu belajar. ada orang mungkin rasa tak payah sebab dia tak selalu pun berada dalam kelompok orang cina.... aku harap lepas ni aku ada lebih advantage bila nak cari kerja... 

aku survey kelas mandarin kat JB ni dah lama... sejak sebelum kawin lagi. tapi masa tu pilihan yang ada agak jauh dari rumah dan mahal... 

kelas yang ni pun aku jumpe masa aku try google kelas mandarin dalam kawasan jajahan yang aku mampu nak pegi... tak jauh sangat dan masa yang flexible. bukan tak ada kelas mandarin yang lebih murah... ada... tapi aku nak cikgu yang betul2 pakar dan dia boleh guarantee lepas tamat je kelas mandarin tu aku mampu bercakap dalam bahasa cina dengan betul. cuma kalau nak lebih mahir dan fasih tu, kena la biasa berbual.... itu sebab aku tak kisah sebab aku yakin ia berbaloi.

dalam kelas ni, kita belajar 12 tajuk asas, dapat buku latihan, buku pinyin (sebutan dalam mandarin), selain kelas wajib, kita bole datang kelas extra atau kelas ulangan secara percuma aje... lagi, ada kelas dalam whatsapps group, bole jugak tanya dengan cikgu secara personal whatapps... dengan 12 tajuk asas tu aje kita dah boleh buat satu karangan panjang...

so kalau aku tak jugak pandai cakap, tu bukan salah cikgu tapi sebab aku yang malas buat ulangkaji. haha..... aku bukan jenis yang boleh belajar dengan baca buku je... aku lebih senang absorb dengan praktikal dan cara pembelajaran yang menarik. lagipun bahasa cina ni kena tahu sebut dengan betul... tu pasal kena dengar dan ikut apa yang cikgu sebut.

apa yang aku belajar kat kelas ni adalah bahasa mandarin baku. cikgu cakap, awak kalau nak belajar biar belajar sebutan bahasa cina yang betul. bahasa mandarin yang kita biasa dengar cina2 tu sebut biasanya bahasa pasar... macam kita jugak la. ada bahasa melayu baku, tapi kita cakap pakai bahasa paso kan...

aku gerenti, siapa yang join kelas ni tak akan boleh tertido atau rasa bosan.... sebulan pertama belajar mesti dah boleh cakap dan ingat beberapa dialog mudah dalam bahasa cina, contohnya 

"apa khabar?"
"nama siapa?... "nama saya ialah..."
"umur berapa?'
"nak pergi mana?"
"awak kat mana?"
ucapan selamat pagi, selamat malam... nombor 1-1000.... 

baaaanyaaakkk lagi... alang2 blajar, sure berbaloi... serius! mula2 aku tak kenal pun latar belakang cikgu ni.... lepas dah masuk kelas, baca biodata dia, baru laa aku faham. no wonder la yurannya setanding kualiti... 


kalau korang terutamanya yang tinggal kat JB, berminat nak belajar mandarin bole surf http://www.islamicmandarin.com/ atau
https://www.facebook.com/kelas.bahasa.mandarin.cikgu.zazah
klik Fb page tu, ada video Faisal Ismail belajar cakap mandarin

Onion Head Emoticons 107Onion Head Emoticons 107Onion Head Emoticons 107

Berhenti Kerja

$
0
0
Dah lama aku tak wat kerja camni...
kerja - resign tanpa ada kerja baru. Gila gamble je. 
Bak kata pepatah klise - rezeki tuhan tentukan, rezeki ada dimana2...

tapi sebagai manusia biasa, aku pun tak lari jugak dari berasa - kena cari kerja tetap (makan gaji) baru la ada gaji. kira kalau kerja makan gaji ni, secure la sikit. dalam 8 jam tu kalau mengulo 10 minit pun bukan kena tolak gaji. kerja asek salah, kerja asek mc, ujung bulan still dapat gaji. tak risau sangat la berbanding dengan orang yang kerja sendiri... kalau asek mc meniaga, takde income la jawabnya... 

kenapa resign?

kecelaruan. kadang2 aku pun tak pasti punca sebenar2nya aku resign. tapi sejak aku keje kat opis baru ni, memang tak pernah lekang dari rasa nak resign. tiap2 bulan ni memang asek terpikir nak resign.  mungkin tak seronok kerja. mungkin bosan. mungkin demotivate. mungkin ada konflik. nak lagi sejak aku pregnant ni, lagi rasa stress, lagi rasa nak resign. dengan badan letih. sekarang ni asek sakit2 pinggang je, rehat cukup pun still sakit pinggang. bukan sakit sengal2. tapi macam pedih kat tulang pinggul tu... urut ngan minyak pun tak kurang... 

bab buat kerja artwork, aku rasa aku takde masalah. tapi kadang2 aku rasa menyampahnyaaa bila orang bagi kerja. aku rasa tak suke dengar diorang bercakap. tak suke dengar diorang membebel kalau ada salah. aku tak suke dengan environment kerja yang bising (sebab org dok bebelkan staff lain).. kadang2 aku rasa pasar pun tak bising macam kat opis aku... 

senang cakap, aku resign sebab aku stress. stress dari pelbagai punca, bukan pasal stress kat opis je lah... 

so... sekarang ni aku dok je la kat umah jaga wyna dan siapkan kerja2 editing gambar kawin yang dah berbulan tak sesiap... sambil pikir2 apa plan aku seterusnya....

Seminggu puasa

$
0
0
alkisah tak jadik resign, so zuel pun cakap 
"hmmm tak dapat la makan sedap2....."

haha


sebab masa dah confirm sangat aku nak resign tu, dah berangan2 la konon nak masak sesedap, laki balik keje dah ada nasik ngan lauk yang menyelerakan terhidang macam dalam drama melayu tv 3 tuh... aku pun dah get ready ngan buku resepi Chef Hanieliza kononnya ni...

nan hado!

so puasa kali ni macam tahun lepas jugak, mintak tolong mama (pengasuh) wyna yang masak. kami bayar upahnya, mengikut budi bicara masing2....  sebabnyaaa 
1 - aku tak sempat nak masak.... selalu sampai rumah pukul 6.50 petang.
2 - tahun ni dah jadi mak buyong, puasa lagi, lagi penat nak masak... 

so mintak akak tu tolong masakkan aje laa - ini idea zuel tahun lepas, lauk pun home made, rasa lebih yakin dari nak beli aje kat param hari2....kos belanja sama aje kot - silap2 lebih mahal lagi.... itupun kitorang just mintak tolong akak tu masak kalau dia memang berkelapangan nak masak, only on working day. aku dah pesan, kalau akak memang tak masak hari tu, just bagitau je, jangan terpaksa jugak masak sebab kami bagi mangkuk tingkat.... kan ni atas budi bicara masing2 ajer.... 

sekalipun hari tu hari orang bekerja tapi kalau aku yang tak pegi keje, akak tu tak payah tapau dah... so tak semestinya upah tu betul2 untuk 20 hari bekerja... bayaran aku beri pun bukan kira per day, aku just bagi berapa RM yang kami dah setuju, and lepas tu tak kisah la berapa hari masak bekal, lauk apa nak masak... 

so far memang dia masak hari2, jarang nak beli dari luar... dari segi pilihan lauk, apa yang akak tu masak untuk family dia, itulah yang dibekalkan pada kitorang. kami tak cerewet punyaa. syukur la weeii dah ada bekal... lagipun sekarang ni, kitorang dah kurang nafsu nak berbuka ngan berbagai2 lauk... janji ada nasik, main dish ikan or ayam, lain2 tu sayur. 

ini bukan aku punya, kredit to HERE 
(klik untuk review mangkuk tingkat delivery yang blogger ni pernah order selama sebulan)

gambar sendiri takde sebab lauk biasa2 je, lebih kurang macam lauk yang blogger tu review, lauk simple, local dish - lauk kampung orang kata... bila dah kenyang tu mana ada kisah nak makan apa2 ntah lagi... kecuali aku la... nak meng-kudap je... bukak peti sejuk, makan cornflakes la, jambu la, apple la, overnight oat la, buah kiwi la, kacang la etc...

tapi mangkuk tingkat aku memang sama sebijik macam dalam gambar tu. mangkuk tingkat tu, hadiah kawin aku. tak ingat siapa yang bagi. siapa cakap hadiah kawin kena yang grand2... bagi mangkuk tingkat ni, bergunaa haa... moga murah rezeki si pemberi hadiah ni yer...

so, makan lauk special sikit bila weekend. masak la ketam ke... udang ke... siakap ke... ecececee.... ni esok nak plan ape nak masak untuk weekend... 

nota keyboard :
pengasuh wyna tu dah 3 tahun jaga wyna, sejak wyna umur 2 bulan, sejak dari wyna kat taska. akak tu dah takde anak kecik, anak dara 3 orang semua dah remaja. kami pun dah macam sedara, berkunjung ke rumah bukan hanya pada hari raya... time kenduri, time anak akak tu nak buat soalan survey untuk exam dia, time diorang jalan2 kat bazar JB, jumpe mak aku, bagi kuih dsb... ya ya kami rapat juga... tadi akak tu bagi aku buah sukun bila dia terjumpe buah sukun masa gi pasar, teringat yang aku ngidam sukun goreng. haha... so... biar lah... asal aku senang hati wyna duk ngan orang yang aku boleh percaya.... *tetiba mata masuk habuk

bai

Udang Goreng Buttermilk yang sedap

$
0
0
dah lama tak post resepi kan... 
ok, yang mencari resepi simple tapi special sikit, 

aku nak share resepi ni...


sebenarnya aku masak ni sebab teringin nak makan, lepas aku rasa udang buttermilk kat kat Restoran 8 Kati, Kulai, aku dah mula rasa nak makan lagi.... sesiapa yang suka bawak family makan muslim chinese food, bole la ke sana... aku boleh jamin menu dia semua sedap2... 

so, nak pegi lagi, takde masa free... jadi aku pun google ajer lah... biasanya aku makan udang goreng butter, yang ade sarang telur / telur goreng kirai tu. tapi aku kan bab masak leceh2 ni ade maleh sikit... aku suke yang simple lagi sedap, *tapi laksa johor ko gigih pulak masaknya yerr!

Bahan-bahan
- Udang, yang ni aku guna 1/2kg je...
kalau nak puas hati, guna udang yang besar macam udang harimau
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- 1/2 biji bawang holland atau 1 biji bawang merah (didadu)
- Cili api 10 batang dibelah dua
kalau nak pedas lagi, bole lebihkan...
- 6 helai daun kari dilurutkan
- 1/2 sudu kecik serbuk kari
- 3/4 tin susu cair
- 1/2 potong kiub ayam kalau suka
- 3 sudu besar butter / suku bahagian dari seketul 250gm butter
- 1 keping keju cheedar - yang biasa makan ngan burger tu
- Gula secukup rasa
- Tepung jagung secukupnya

Cara-cara
1 - Kupas udang. Lumurkan udang dengan tepung jagung dan garam secukup rasa. Kalau suka, bole jugak tambah serbuk kunyit sikit. Perapkan kejap atau boleh terus goreng. Tak perlu goreng lama, nanti udang keras terlebih masak. Angkat dan toskan. Kosongkan kuali dari minyak. Atau guna kuali lain untuk masak kuah.
2 - Cairkan butter dalam kuali. Tumiskan daun kari, bawang dan lada sampai wangi.
3 - Masukkan serbuk kari, kacau rata.
4 - Kemudian, masukkan susu cair dan kiub ayam. Kacau.
5 - Masukkan gula, ikut suka nak berapa manis. Letak sikit dulu, kalau tawar baru tambah.
6 - Masukkan keju dan kacau hingga agak mendidih. Rasa, agak2 puas hati, boleh masukkan udang.
7 - Balik2kan udang serata dengan kuah, dan tutup api. Boleh terus makan.

Tips : kalau tanak kuah memekat / kering setelah dibiarkan dalam kuali, tak perlu campur udang dalam kuah. Siram kuah ke atas udang goreng apabila sudah hendak makan.

Selamat mencuba.

Tanda-tanda jantina anak - Betul atau Kebetulan?

$
0
0
semalam aku pegi check up ke 20 minggu. 
sedikit berdebar....

....tapi lebih banyak kepada bosan. siapa kata kalau pergi spital swasta bole dapat giliran cepat? tak jugak... kena datang awal sebaik saja pintu spital dibuka, kalau tak, giliran ngko kang time matahari dah nak terpacak atas kepala...kalau tetiba doktor lari pegi kejarkan patient yang nak bersalin ke, ada operation ke... lagi lama la tunggu. bosan gila menunggu ni. sampai nak abes bateri henpon aku dok surfing... lain kali kena bawak novel lah... haha

berdebar tu sebab in 20 weeks InsyaAllah kita dah boleh tahu apa jantina anak. so semalam doktor suruh aku teka - boy or girl? 


tapi aku teka girl sebab takut salah, dan takut agak kecewa...walaupun instinct aku macam kata baby boy. aku mengharap sangat tu tak lah, tapi kalau dapat anak lelaki, Alhamdulillah.. InsyaAllah dapatlah kami sepasang.... aku keep cakap InsyaAllah sebab we don't know yet until the baby comes out.... harap semua berjalan lancar...

balik dari check up, aku asek terpikir pasal tanda2 mengandung anak lelaki atau anak perempuan. ini apa yang aku alami sejak dari awal mengandung....

1 - lambat nak detect kehamilan. bila aku test UPT sebelah petang atau malam, UPT tu clear je, takde double line. tapi kalau try waktu pagi sebaik bangun tido, akan timbul 2 line kelam2. bila pegi 1st check up baru laa sah aku mengandung.... berbanding masa aku mengadung wyna, check upt pagi petang malam, terang je... tapi mungkin jugak yang ni aku check awal lagi kot...

2 - BAB MAKAN!
sangat sangat sangat sangat kuat makan cili api. makan nasik mesti nak ada sambal belacan atau cili api potong. aku pernah cite kat entri dulu, aku rasa nikmat gilaaa dapat makan cili api potong yang rendam soy sauce tu... sedap sangat rasanya. tapi habit tu masa dalam trimester pertama je, for few weeks. lepas tu dah takde dah. lagipun aku slowly kurangkan sebab takut ada effect tak bagus kat baby. kawan aku kata, kalau kuat makan pedas2 ni, ngandung anak lelaki.

aku jugak tak minat makan ayam tapi more to seafood. makan ayam tu... bole makan la. tapi kalau ada lauk ikan ngan ayam, aku pilih, ikan. time lunch kat opis, ada beberapa kali aku order nasik goreng kerang, mee goreng kerang...nasik lemak sambal kerang... lepas tu masak kat umah pun lauk2 ikan atau udang ke... ada minggu2 lepas, aku teringin nak makan ketam... tengok buku resepi ketam masak lemak cili api uiii sedapnyaa....

kalau nak makan daging pun, aku prefer daging lembu berbanding daging ayam. selain ayam, masa awal2 pregnant, aku kurang nak makan nasik. aku prefer mee goreng atau mee sup... apa2 jenis mee lah. mihun ke, mee kuning ke... tapi mee kuning tu aku kurang2kan la... tak elok sangat pun.

bila cuti atau ada masa free, kalau zuel bawak pegi kafeteria Noor kat taman Universiti, aku mesti mesti mesti order laksa penang. disebabkan masa tu aku tengah berantu cili api, so laksa tu memang sedap sangat rasanya, masam2 pedas dan semestinya sebab dah siap ada cili api potong. makan selalu pun tak jemu. aku rasa bila makan pedas tu, ilang rasa mual, ilang rasa tak sedap perut... biasa awal2 mengandung ni perut macam sebu2 kan...

aku ingat nak tepek lagi gambo laksa yang aku makan tu, tapi ada reader tengah pantang laksa kan... nanti setahun diorang nak nganjing aku balik lepas aku bersalin ni kalau show off lagi gambo laksa... kehkehkeh

dan last... aku kurang suke makanan atau minuman yang manis. kalau bole, kurma tu pun aku tak minat nak makan... tapi sebab kurma sangat bagus untuk ibu mengandung, kunyah aje lah... berbanding masa ngandung wyna, masa tu aku suke kek, dessert, coklat... any dessert yang manis2 lah... skrang ni paling manis yang aku teringin nak makan pun takat ais krim magnum gold, tu pun sekali skali bile rasa nak je... ada la teringin minum cendol, air katira abu bakar, air sarsi, tapi semua tu aku tambah air masak sikit sebab tah la.. aku rasa macam eiii manisnya air tuuu... 

aku suke air asam boi. limau asam boi atau apple asam boi. pun mintak "kurang manis". tapi kadang2 member opis aku sound, ko ni asek minum air asam boi je, tak efek pape ke? disebabkan dia tu anak dah 2 org, dah masuk kinder... maka aku akan order kalau dia tak join aku lunch je. heeeee

3 - tumbuh jerawat yang agak luar biasa. kat muka dan belakang badan... jerawat yang besar2 tu, jenis kalau tekan, sakit. tapi gatal. aku pernah baca kat SINI
"Pertanda fisik selanjutnya adalah timbulnya jerawat di wajah yang biasanya diakibatkan karena keluarnya hormon selama masa kehamilan. Dan jika selama masa kehamilan tersebut Anda cukup sering berjerawat, kemungkinan bayi yang ada di dalam kandungan Anda adalah laki-laki."

4 - selalu rasa kaki aku sejukkk.... aku suke bersila bila kat opis sebab tak tahan kaki sejuk. dalam website yang sama jugak ada menyatakan "Selanjutnya Anda juga bisa mendeteksinya dari suhu kaki yang lebih dingin dari biasanya. Meskipun secara umum tubuh wanita hamil berubah menjadi lebih hangat ketimbang wanita yang tidak hamil, akan tetapi suhu kaki akan menjadi lebih dingin jika Anda sedang mengandung anak laki-laki."

5 - kawan aku pernah tegur, muka aku macam muka tak siap. aku pun tak sure muka tak siap tu cemana... muka selekeh kot... tapi kali ni memang aku kurang sikit nak melawa-lawa macam masa mengandungkan wyna... bukan selekeh, melawa jugak tapi tak laa bersemangat macam masa ngandung wyna... dan kulit muka aku kering, kalau pakai bedak tu nampak la kulit mengelupas.

6 - orang kata, biasanya kalau ngandung baby boy, pusat timbul / terjojol... haha. sorry. masa aku belek2 perut, pastu tengok pusat, dalam hati aku terdetik jugak... baby boy ke ni... rasanya masa ngandung wyna takde la ketara macam skrang...

7 - ini orang tua2 selalu cakap... sejak zaman arwah nenek aku lagi... tengok nipple anak yang sulung. tengok masa dia kecik2 ni la... bukan masa dah akil baligh... (-_-) kalau nipple terbelah, mungkin dapat adik perempuan. kalau nipple timbul macam bertitik tu, mungkin adik lelaki. aku ade la tengok kat wyna tapi tak pernah percaya pun... tapi... kebetulan kot apa yang arwah nenek aku tu cakap... huhuhu

aku pernah jugak baca, jantina anak ni boleh dirancang diusahakan... salah satunya melalui kalendar kuno cina. Tapi benda ni bukan untuk kita percaya jauh sekali sebagai alat untuk menilik (mintak jauh yer)... jantina anak semuanya Allah yang menentukan. cuma, mungkin kita bole cuba usaha... mana tau berhasil dengan izin Allah... yang penting DOA!

aku takde la guna kalendar ni, aku pregnant ni pun takde plan... heee "eksiden" orang cakap! cuma bila aku saje2 test tarikh lahir wyna yang lepas dan test due date yang akan datang ni, (kebetulan ke?) dapat jantina yang tepat.

untuk Baby Gender Predictor - jangkaan jantina anak yang belum dilahirkan :

yang ini pulak kalendar untuk Baby Gender Selection - sila pilih jantina anak yang diinginkan, lepas tu kalendar akan bagi tempoh masa2 yang terbaik untuk cuba dapatkan anak mengikut jantina yang diingini...

Hanya NamaMu

$
0
0
Hanya namaMu ku puji ku sanjung
Di lafaz pertama suara azan fajar
Langkah kananku seperti dilindung
Andainya tersandung rebahku bersujud
Dan hanya namaMu ku puji ku sanjung

Adakalanya linang air mata
Tertumpah ke pipi menerima takdir
Namun imanku tidak akan runtuh
Ku ambil ikhtiar berdiri semula
Dan hanya namaMu ku puji ku sanjung

Di akhir perjalanan ini
Yang mencari petunjukMu
Ku doa agar kehadiran disambut

Semoga namaku terdiri 
Di antara yang terpilih 
Menjadi tetamu di tamanMu nanti

Setiap masa tak pernah ku lupa
Sinar yang Kau beri dalam hidup ini
Bila tibanya nyawaku di dunia
Kau panggil kembali dengan nafas akhir
Hanyalah namaMu ku puji ku sanjung

Di akhir perjalanan ini
Yang mencari petunjukMu
Ku doa agar kehadiran disambut

Semoga namaku terdiri 
Di antara yang terpilih 
Menjadi tetamu di tamanMu nanti
Menjadi tetamu di tamanMu nanti

- Caliph Buskers -

Supplement Ibu Mengandung - Part 2

$
0
0
kali ni nak share citer pasal supplement yang aku amalkan masa 2nd pregnancy ni...

kisah supplement ibu mengandung anak sulung :

mengandung kali kedua ni takde la rasa over excited macam masa 1st timer dulu - baru berapa minggu sah pregnant je, terus zuel belikan susu enfamama. lepas tu terbuang tak habis + expired sudah. so kali ni, zuel just bagi expenses untuk aku beli sendiri supplement yang aku nak.

pada trimester pertama, aku just teruskan makan Vita-lea dan B-complex je. Makan setiap kali lepas lunch. Vitamin ni memang aku dah makan sejak sebelum mengandung lagi. so tak payah la bazir nak beli vitamin lain. lepas tu aku tambah pil kalsium Ostematrix selain minum susu kambing suffy yang aku share je dari susu wyna... hehehe

kali ni aku terus buat check-up kat columbia asia, tak pegi bukak buku kat KK lagi. so takde la dapat asid folik ke...obimin ke, macam masa mengandung wyna dulu. masa aku check up tu, my gyne doc ada tanya, aku makan vitamin ape... so jawab la aku makan multivitamin ngan b-complex shaklee. "ohh ok thats good!" - doktor jawab. ala takde apa nak surprise la kot, ramai dah patient dia makan shaklee la tu... tu yang tak pelik pun bunyiknya...

trimester kedua, aku tambah supplement lain. Mengikut pendapat dari Ustaz Wan Asrul Al-Kalantani, terdapat kaedah dalam Perubatan Islam untuk mengelakkan risiko jaundice / demam kuning pada baby. aku tak kata CONFIRM tak akan kena jaundice, cuma ini ikhtiar saja... aku sendiri pun berdarah jenis O - doktor pun cakap risiko baby jaundice ni lebih tinggi peratus bagi ibu yang berdarah O. lagipun aku sedor diri ni masih makan jajan, fast food dalam masa pregnant ni walaupun dapat kuantiti sederhana (konon teringin laa)....huhu. sebenonya lagi bagus kalau tak makan terus jajan / fast food tu. So.. kita usaha je, kalau lepas bersalin anak still kena jaundice, kita usaha berubat selepas melahirkan pulak...  

UNTUK MENGELAKKAN RISIKO DEMAM KUNING PADA BAYI, SEMASA IBU MENGANDUNG DIGALAKKAN :
1) Menelan madu (tanpa air) 3 sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis)
2) Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)
3) Mengamalkan meminum pati delima (+ air putih) paling kurang 500ml sehari.
4) Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.
5) Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari.
6) Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.
7) Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.

SUMBER
supplement makanan sunnah

Extra Virgin Coconut Oil
masa aku mengandung sulung dulu pun memang dah amalkan madu, kurma, susu kambing dan minyak kelapa dara (VCO). tapi VCO dulu aku makan jenis kapsul lah, itupun masa dah 3rd trimester. lepas wyna dah besar sikit baru pandai makan liquid VCO. why aku pilih brand country farm ni? sebabnya jauh lebih murah, 500ml = RM35 kalau beli jenis kapsul tu, 60 biji = RM40. lagipun VCO ni share ngan Wyna jugak, aku add dalam food dia... 

Extra Virgin Olive Oil (from Palestine)
kali ni aku baru nak belajar telan minyak zaitun. aku makan sesudu setiap pagi sebelum aku keluar pegi opis, masa perut kosong. sampai kat opis baru aku breakfast. rasanya kelat2 pahit kot? tak tau cemana nak describe. yang pasti lepas aku telan minyak zaitun ni, aku terus telan sesudu madu. haha. tak bole tahan lagi.... 

minyak zaitun terbaik adalah minyak zaitun dari Palestine. ada satu jenama yang paling mahal yang aku pernah tanya, 500ml - RM150. aku assume, tu brand yang paling bagus. tapi aku beli jenama lain, tengok alamat pengeluar pun dari Palestine jugak. bole laa... harganya masih mahal jugak ler bagi aku... tapi pejam mata la beli... eleh! shaklee bole beli, yang ni tak bole ke? hehehe. sebotol 500ml = RM59, masih murah kalau compare ngan brand lain. aku beli kat kedai Hasanah Muslim Shop, taman teratai. Kedai ni memang jual produk2 muslim, kurma pun ada. aku biasa pegi bila nak beli susu wyna.... PEVOO ni kalau sehari aku telan sesudu je, rasanya sampai berpantang pun belum habis lagi ni... 

aku suke minyak jenis liquid ni sebab lebih fleksible dan jimat bila nak guna, bole add dalam food, bole buat minyak urut, bole buat garlic oil, bole sapu hilangkan stretchmarks, tapi tak bole buat masak yer. kalau minyak zaitun untuk masak tu, jenis lain. kalau nak telan minyak zaitun macam tu je, pastikan pilih jenis minyak yang tepat ye. 

Madu
masa wyna, aku amalkan madu Khaula. Kali ni madu Al-Syifa je la.. 

Air Jus Delima
Air kotak tu aku beli kat kedai Hasanah Muslim Shop jugak. lebih kepada nafsu nak minum air sejuk je ni... hehehehe

Kismis
ni aku tak la makan hari2, bila buat salad, makan ice cream ke, atau bosan takde apa nak kunyah... makan la kismis. pilih kismis hitam lebih baik dari kismis kuning sebab biasanya buahan kering yang bewarna kuning ni ada sulfur dioksida untuk elakkan dari berubah warna. contohnya Aprikot/kismis warna kuning ada sulfur dioksida yang boleh mencetuskan serangan asma dan boleh membawa maut pada bayi yang mudah terpengaruh.

Kurma - 3 biji setiap pagi
Sejak 1st trimester aku dah makan kurma. sebenarnya tak gemor sangat sebab mengandung kali ni tak suke makanan yang manis. Alhamdulillah masa bulan puasa hari tu, ada souvenir dari client zuel. dia bagi kurma ajwa dalam kotak yang cantik sangat, macam kotak hantaran (nampak sikit dalam gambo). tapi sampai skrang aku lom bukak sebab kurma yang aku beli dalam bekas tupperware masih ada lagi. selalunya aku amik 3 biji, tapi kadang2 aku dapat makan 2 biji je sebab wyna mintak sebiji wat makan macam tu je..... 

Buah Fig / Tin
Buah kering ni aku dapat masa beraya umah makcik kat Singapore. anak dia bawak balik dari Dubai. takde plan nak amalkan makan buah fig ni, tapi dah orang kasik, aku wat kudapan je... biasa la preggy mommy asek nak kunyah je... buah ni sedap dan manis. ada member fb pernah makan buah yang fresh, dia cakap laagii sedap!

Susu Hi-Goat
awal2 ngandung, aku minum je susu suffy goat tu... tapi leceh la pulak nak bawak gi opis. so aku beli Hi-Goat, dia pack kecik, senang nak bawak gi memana... lagipun HiGoat ni takde campuran bahan lain, pure susu kambing. Kalau ada kesempatan, aku beli susu kambing fresh.

Itulah jadual supplement aku sampai la aku bersalin nanti, InsyaAllah :
pagi sebelum sarapan - PEVOO, madu dan kurma
sarapan - susu kambing Hi Goat
lepas lunch - Vitalea, Vitamin C dan B Complex
sebelum tido - Ostematrix

mungkin aku tambah Omega Guard bila dah masuk 3rd trimester nanti... omega guard ni supplement minyak ikan macam Neurogain jugak... 

kadang2 terskip jugak makan vitamin, tapi kalau aku confident dah cukup zat, banyak makan sayur dan buah, pada aku okey je kalau terlupa makan vitamin. sebenarnya kalau kita makan cara sihat dan seimbang, tak perlu lagi vitamin tambahan. mengandung kali ni murah rezeki dari segi makanan. banyak kali jugak teringinkan sesuatu, dan aku tak mintak tapi tetiba Allah beri melalui hambaNya yang lain. yang aku ingat, pelam apple ngan rambutan. pastu termasuk la kurma ajwa ngan buah tin ni... datang depan mata gitu... Alhamdulillah...

Raya 2015

$
0
0
tak sempat nak citer pasal raya tahun 2015 ni. hari ni aku dah kemas mana2 balang kuih yang kosong atau kuih yang dah lemau atau jadi rezeki semut, maka ke tong sampah jawabnya. huhu.

aku bercita-cita, tahun depan tak payah ada kuih raya. ini tahun kedua raya yang hmmm boring jugak bagi aku. sampai ada orang tanya "orang JB mana gambo raya"... nak tau apesal aku takde upload gambo raya waktu pagi2 (tanda soal - button rosak)... sebab kami semua tak bersiap pagi. zuel aje la yang berbaju raya, pi solat aidilfitri pun sorang2...

tahun ni turn umah mak aku, tapi malam raya tu diorang still berniaga kat bazar JB, balik pukul 4 pagi, tido lepas subuh, so aku memang expect takkan pukul 8 masing2 dah bersiap cantik2 nak pegi beraya. kena pulak 1st raya tu hari jumaat, family aku decide nak keluar lepas solat jumaat. duduk la aku kat umah layan suami ngan anak makan. of course laa pakai baju rumah aje, kosser pulak aku nak melawa2 berlengas kat rumah, nanti nak cuci pinggan segala. sampai 2 round aku makan sebab yeah.... aku kalau bosan kat umah mak sendiri atau umah mak mertua, makan je la kerjanyaa.

tahun lepas, zuel demam masa 1st raya, lepas tu ngan arwah mak sakit, ngan abang akak ipar pun takde sebab turn diorang beraya side mertua, lagi pulak takde gi beraya mana2 sebab bapak ngan mak mertua anak sulung, tunggu adik2 je la datang kalau ada yang larat. but mostly sume jauh, dan kurang sihat, cemana nak datang kan... itulah raya pemecah tradisi - langsung tak pakai baju raya. sepanjang hari aku ber-tshirt ajer huhuh

raya tahun ni, 1st raya tanpa arwah mak... so bapak pun saja la kot nak beraya kat umah akak ipar kat sembawang. lagi laa boring... tak balik kampung. plus adik ipar yang bongsu nak bertunang minggu ke 3 raya nanti, jadi kitorang balik masa tu je la... zuel pun ada job wedding photoshoot.

sudahnya raya ketiga, aku ngan zuel dah  pegi beraya umah kawan2 yang senasib yang tak balik kampung.... hehehe. nak lepak umah mak aku pun, diorang dah start berniaga balik.... tapi pegi beraya umah kawan aku je la, kawan zuel takde, masing2 kat kampung lagi. raya ke 4 kitorang pun kerja je la, dah takde menda nak wat... aku naik keje sehari (sepatutnya aku masih cuti raya) so nanti bole replace je hari sabtu, sebab sabtu raya ke 8 tu kitorang nak round umah makcik2 kat singapore pulak...


selamat hari raya!

Set Bersalin Ubat Berpantang

$
0
0
aku ni update blog sebab laptop dok atas meja makan.... nak wat editing gambo kawin, pc tengah down, kena godek keluarkan hard disk sebab gambo2 kawin orang kat dalam tu.... *nanges tepi meja

sambil zuel layan JDT vs PERAK *lambai hakak-hakak blog sebelah, aku pun taip lah entri... nak share sikit pasal set bersalin kali ni...

masa aku bersalin wyna 3 tahun lepas, aku ambik pakej ngan makcik bidan mengurut tu je... so takde review sebab ubat2 dia sume traditionally homemade je, bukan jenis komersial. kali ni aku beli sendiri... lagipun aku upah bidan urut yang muda, bukan makcik tu lagi sebab makcik tu dah tak ngurut dah... lagipun makcik tu kena berjemput, berhanto... tanak susahkan family. aku book bidan yang boleh datang dan balik sendiri. hehehe

well agak mahal jugak la kot bidan muda2 ni, yelaa, diorang ade pegi blajar, masuk kelas, training praktikal segala... bukan macam bidan makcik2 yang ngurut tu dari turun temurun... rata2 yang aku tanya, harga upah urut bersalin tu antara RM80-RM100++ sehari.... tak masuk ubat2, tak masuk caj perjalanan... biasa diorang ni memang ada kenderaan sendiri.... yang aku book ni duk area umah aku je... kalau book yang jauh2 karang, kena extra charge pulak....

kali ni aku try set bersalin NR disamping "basic food" yang lain. tu pun banyak kali survey. tapi aku beli loose items je. aku tengok set bersalin NR tu comel2, macam tak cukup nak pakai sampai 44 hari....hihihih. lagipun aku beli apa yang aku nak pakai je. even aku ni Shaklee Independent Distributor, aku still suka ubat tradisional tapi moden *eh caner tu...? maksud aku, tak moden sangat macam set ala2 SPA, jenis ubat2 dia pun bau losyen wangi, jenis ubat sedap macam minum sirap... hihi... ntah la, macam tak feel orang berpantang je... 

masa berpantang wyna, memang ubat tradisional abes, kena minum air ubat periuk, minum jus kunyit 3 hari berturut, makan maajun, pakai param pilis jenis pasir bedak tu.... aku okey je sume, tapi air ubat periuk je la banyak ngelat.... maunya tak, pahit gilaaa.... siap aku curik2 bubuh gula, so ada la rasa macam air kopi O sikit... haha... tapi sampai abes pantang tak abes rebus pun ubat periuk tu....

so dalam banyak2 set yang aku survey ni, aku rasa NR antara persediaan tradisional dalam bentuk yang dikomersialkan.... lagipun dia bukan jamu, dia adalah herba. so takde la panas or kering kot *kot laa... sebab lom try! lepas tu aku follow FB bidan ct aisyah (kak ice), tu pun agak mempengaruhi la, sebab dia banyak share tips dan cara guna produk NR dengan tepat lagi berkesan. gitu.
untuk produk NR, aku just pilih loose item :

Akar Herbanika kotak besar - 30 t-bag
akar herbanika ni macam air ubat periuk lah... cuma tak payah la nak rebus2, boleh rendam pastu minum macam minum teh. senang kan... perasa tak tau lagi la, tapi kalau pahit, bole campur madu. yeay!

Barra Gel
aku pilih jenis ni sebab senang nak cuci private part tu... pastu Barra Gel ni bole pakai bila2, tak semestinya dalam pantang. nak pakai wat sabun mandi baby pun bole, no chemicals....

Minyak Berubat Herba & Minyak Herbanika
ramai yang review minyak NR ni bagus sangat... aku pilih minyak ni sebab bole macam2 guna, for sure guna untuk mengurut, bole sapu kat baby, bole titik kat pad masa dalam pantang, bole ganti param pilis jugak. jimat tak payah pening2!

Daun rebusan mandi
ni bukan produk NR lah, tapi dari Jamu Mak Dara.... aku kan dok taman perumahan, mana laa nak carik daun2 herba wat mandi... rumah kampung nenek pun dah takde.... so beli la sepeket, bole pakai sebulan. dulu masa 1st pantang pun, aku ada beli uncang mandi herba jugak... bole laaa....

satu lagi, aku tak beli pil Phytonatal tu sebabnya InsyaAllah aku nak habiskan je stok Palestine Extra Virgin Olive Oil (PEVOO) ngan Madu yang aku makan skrang pastu tambahan Pati Habbatus Sauda (PHS) keluaran TIAF. masa ngandung tak boleh makan habbatus sauda sebab ia mengandungi bahan yang boleh mengecutkan rahim... thats why bagus diamalkan ibu2 dalam pantang.... dan bole pelbagai guna jugak untuk lain2.... hehe....
itulah barang2 dalam set bersalin aku.... InsyaAllah, lagi 2 bulan lebih je lagi nak sampai due.... huhuh walau dah ade pengalaman tapi still berdebar jugak. lain anak, lain la pengalaman bersalin... harap dapat sakit bersalin dengan sendiri (1st child kena induce) doakan urusan bersalin kali ni dipermudah dan tak sakit (read : sakit yang mampu aku tahan) Aamiin!

Tips of the entry :
cara lumur kunyit pada ikan tanpa kuningkan kuku
- masukkan ikan, garam dan kunyit dalam plastik zip lock, lepas tu tenyehhhh sampai rata!


Nota Jumaat Untuk Aku

$
0
0


muhasabah hari jumaat...

aku selalu berangan nak jadi macam orang lain yang punya sesuatu lebih bagus dari aku, rasanya normal bagi kebanyakan orang... mahukan kehidupan serba sempurna, hidup bahagia sentiasa, jauh dari masalah2 yang membebankan...

tapi..  kalau ada kesempatan, cuba2lah renungkan, Allah menjadikan takdir setiap hambaNya begitu adil... 

ada kerjaya yang bagus, tapi masih belum berumahtangga
ada kemewahan, duit bukan masalah, tapi rumahtangga tak bahagia
ada pasangan yang baik, tapi belum ada zuriat
ada pasangan dapat zuriat, tapi kurang sihat..
ada keluarga sihat bahagia, kerjaya yang bagus, tapi berjauhan pula
ada yang murah rezeki jodoh, zuriat, mudah mengandung dan melahirkan, diberi kesihatan yang bagus (jarang sakit) tapi  ada masalah kewangan
ada keluarga yang takde masalah besar pun, tapi kena tempias menghadap masalah orang tua atau adik beradik... 

ini bukan ayat2 nak sedapkan hati...bukan...bukan...
tapi reminder untuk aku lebih menghargai apa yang ada...sebagai kekuatan untuk terus melangkah...macam ni lah kehidupan. semua orang ada lebih disini, tapi mungkin kurang kat sana... 

hargai rezeki yang ada sebab nikmat rezeki tu tak tau sampai bila Allah nak bagi pinjam. 
bersabarlah dalam dugaan yang diturunkan. kalau Allah boleh tarik balik dugaan, macam tu jugak nikmat yang Dia pinjamkan.

semua ni pasti akan berakhir


Kos Bersalin Columbia Asia 2015

$
0
0
tadi aku tak keje, memang setiap kali kalau check up pregnancy, aku lebih suke amik cuti. 
pegi check up tu tak lama, tapi kekadang jam selebihnya adalah masa aku berjimba atau settlekan urusan lain... atau setidaknya balik rumah tido. *tak produktif sungguh.

ok, aku nak citer pendek je... bila mengandung anak kedua ni, aku terus buat full check up kat Hospital Columbia Asia je, tak pegi bukak buku pink / buku merah / buku KK - maksudnya aku tak ada pegi buat check up kat klinik kesihatan kerajaan. sebab kami dah plan nak terus bersalin aje kat hopital ni....

nama je COLUMBIA ASIA NUSAJAYA, tapi lokasi dia sebenarnya tak jauh dari Bukit Indah, nak pegi Legoland pun jauhhh lagi....padahal legoland tu ler yang betul2 dalam kawasan Nusajaya...

share info bagi yang nak tau, kalau anda nak buat check up kat hospital ni... cost sekali normal check up ialah RM90 - RM100, biasa memang aku sediakan bajet RM100 kecuali kalau ada buat ujian darah & air kencing, billnya lebih sikit lah. rasanya ramai yang tahu dah, check up kat hospital swasta ni tak akan buat ujian darah dan air kencing berkali-kali. kalau tak ada masalah, ujian darah dan air kencing tu buat sekali je..

lagi... tak ada ujian minum air gula melainkan anda ada sejarah atau doktor detect anda berisiko tinggi dapat kencing manis ketika mengandung. tapi ujian air gula tu bole je kalau kita nak request suruh buat... tapi ade ke ibu2 mengandung yang rela mintak ujian air gula? haha.... biasanya kalau bole tanak minum air gula tu.... tapi air gula kat private sedap, ada perisa oren atau blackcurrent... aku baca pengalaman orang je laa... doktor aku pun cakap, diorang punya air gula ada flavor... tu je beza.

lagi... selama aku check up ni, baru sekali je doktor amik tekanan darah aku guna alat yang sarung kat lengan tu (sorry tak tau ape nama).... doktor cakap, kalau kita check up hopital private ni, diorang takde buat banyak pemeriksaan secara terperinci macam hospital / klinik kerajaan tu sebab setiap alatan / ujian yang dilakukan ada dikenakan caj... nanti bill check up tinggi la... so doktor akan buat check up bila perlu atau at least sekali je... kalau ibu yang takde masalah / kandungan risiko rendah tu, tak perlu la buat macam2 test masa mengandung...

tadi kitorang tanya lagi berapa kos bersalin normal kat columbia asia ni... 1st kitorang tanya kat doktor, lepas tu masa nak bayar bill check up, tanya lagi sekali kat kerani cashier tu pulak... saje nak double triple confirm even dah pernah bersalin kat hospital tu 3 tahun lepas... haha... mana tau dah naik hargaa...

so harga kos bersalin tak banyak beza, cuma akan dikenakan GST ler... masa bersalin anak sulung dulu, aku ingat total cost kurang dari RM3,500, bil tu termasuk :
- kos pakej bersalin
- kos ubat induce
- kos ubat pethadine 
- kos vakum
- kos tambahan satu malam single room = percutian 3 hari 2 malam
- kos bill baby

doktor cakap, kalau aku bersalin normal tanpa induce dan vakum, kos bersalin cuma dalam RM2,500-RM3,000 saja termasuk bill baby untuk 2 hari 1 malam.... ooo no wonder la kan bill aku mahal sikit. baik, kali ni aku akan cuba bersalin tanpa apa2 ubat tambahan.... huahuahua

kali ni, kitorang letak deposit / advance payment terlebih dulu. bagus jugak idea zuel... tadi kitorang dah bayar deposit sikit, nanti bulan depan tambah lagi sikit. InsyaAllah baki lepas bersalin nanti tak lah terasa sekepuk gitu... ini idea kalau anda nak buat cash payment. ntah2 orang lain dah lamaaa buat camtu hehehe (T_T)

okey, tu je nak cerita dari ibu mengandung 30 weeks, another 10 weeks to go! harap entri ni dapat membantu anda yang sedang berkira2 nak bersalin kat sini. bye!


Viewing all 478 articles
Browse latest View live