Quantcast
Channel: Keyboard Bercakap
Viewing all 478 articles
Browse latest View live

Jaga Dia Untukku - Siti Nurhaliza

$
0
0
Agak kalau aku tulis kat Fb pastu status
"dedicated to my beloved hubby"
agak2 ramai tak yang muntah pelangi ekk?

Mahu ku bersama
Mahu ku ke sana diriku tak disini lagi
Waktu tak bicara
Lama terasa seakan terhenti mengiringiku

Tenanglah duhai jiwa
Tebarlah tulus doa
Ku kepadanya saatku tiada

(Korus)
Tuhan Jaga dia untukku
Kala ku masih jauh
Bagai menghitung resah berkepingan berderaian

Tuhan Jaga dia untukku
Selamanya ku ada
Mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi dia

Terbangkan diriku
Bersayap seribu biar detik menjadi laju
Langit pun mendengar
Jadi penawar mengusir debar jatuh ke dasar

Tenanglah duhai jiwa
Tebarkan tulus doa
Ku kepadanya saatku tiada

(Korus)
Tuhan jaga dia untukku
Kala ku masih jauh
Bagai menghitung resah berkepingan berderaian

Tuhan Jaga dia untukku
Selamanya ku ada
Mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi

Mungkinkah ini menguatkan kita
Lambang cinta ku dan dia

Sumber

Throwback

$
0
0
aku nak tulis sesuatu dalam blog tapi takde topik yang best nak tulis. apa kata merapu sikit sesekali

ini aku amik dari blog komadengan kerosakanotak, tapi aku amik point yang aku pernah buat masa kecik2 dulu... *abes la kantoi perangai huduh!

1. Buka kipas, cakap dengan kipas, nak dengar suara bertukar.
betul... masa tu perasan macam sedap sangat la suara. ntah ape kehey nyer... bagus sangat perangai, kipas dah la berdaki, aku bukak mulut beso2 cakap depan kipas. ini baru betul makan habuk!

2. Naik kereta, tengok bulan, ingat bulan ikut kita.
sampai terteleng kepala nengok....eii eii bulan ikut je mana pegi. jauhnyaaa bulan tu ikut... konon!

3. Masa sekolah ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain beratur ambil lagi.
tak pernah buat, sebab aku pemalu, penakut sikit. takut giler kalau orang tu cam pastu kena marah. lagipun masa aku sekolah rendah, ramai kawan2 kepohi. kalau aku beratur balik mau satu sekolah kepoh! aku tulis pekerjaan bapak aku "berniaga" dalam borang ape ntah, pun diorang kecoh, ehh ehh "kan bapak kau keje kilang"... *keje kilang + berniaga, sama je la tu kan... huh!

4. Lukis burung guna huruf 'm'.
bukan guna huruf M, tapi bentuk macam M - macam mcD punye logo. pastu ade straight line konon kaki burung la kot. zaman tu dah ade ke belum mcD ek? nape macam tak pernah pegi jek?

5. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
Wajib. ntah nape.. kalau suruh lukis pemandangan kampung... ada dua bukit tengah2 kertas lukisan, matahari terceruk celah bukit macam nak terbenam atau terbit. tak pun lukis bentuk matahari suku bulatan kat hujung kertas lukisan...

6. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati.
ini namanya xperiment. aku pelik kenapa bila tutup peti sejuk lampu padam. cari2...ooo ade punat tepi pintu belah dalam... pastu aku bukak je pintu icebox, tekan2 punat tu....tadaaa! lip lap lip lap koo icebox aku... nasib baik masa tu mak aku tak kepit kepala aku celah pintu pasal main2 pintu icebox...

7. Main belon sabun dalam bilik air time tengah mandi. 1 jam dalam bilik air.
yesss! tapi takde la mandi sampai sejam... nak kena gendang pintu tu, try laa... ini xperiment jugak. buat tangan bentuk O, lepas tu cube tiup.... oooo ade belon... lepas tu cuba tiup belon tu sampai boleh terawang2... sekarang masih buat masa mandikan wyna. suke dia! lepas tu ikut pulak perangai aku dulu2 ekk...hahah

8. Makan chewing gum. Lepas tu jilat sampul dia sebab nak tepek tatoo kat tangan.
ada. Chewing gum 20sen bentuk segi empat tepat, ada la lebar ibu jari ni haa... kertas dia tu selalunya ada gambar kartun biasanya dakwat biru merah, kalau basah nanti bole tepek kat tangan dan jadi laa macam tatu... 

9. Gigit kulit nugget dulu kemudian baru makan isi sebab tak nak cepat habis.
Pernah. perasaan sayang nak makan isi. so makan kulit dulu... haha

10. Koyak tengah-tengah buku latihan sebab nak buat kapal terbang, sampan, origami.
ini bukan masa zaman sekolah rendah je... zaman menengah pun masih bawak habit gini. banyak kegunaan. masa sekolah rendah yerla buat sampan, kapal terbang, origami, lagi tah macam2 mainan yang buat guna kertas. masuk menengah, advance sikit, koyak buku latihan warna biru yang besar macam buku lejar tu.. aku koyak sebab kawan mintak, koyak untuk ganti tulis nota sebab buku tulisan tak bawak... buat tulis surat cinta, buat tulis surat kat kawan masa gado, duduk depan belakang sebelah2 pun, kalau bergado tulis dalam surat passing2 yer... 

11. Susun kusyen dan buat seni binaan.
zaman mak pak aku pakai kerusi rotan... mase tu kusyen petak segi empat sama... susun la buat kolong...

12. Kawan terpijak kasut sekolah, lepas tu pijak kasut dia balik.
aku menyampah! sebab kadang2 tu aku tak sengaja, tapi member punye la perangai cam haroomm... kena balas balik pijak... tak suke! tak suke! tak suke!

13. Lepas abes peperiksaan akhir tahun, guna buku matematik buat main SOS.
hahah... tu je buku petak2 yang ade... pakai ler... apesal main SOS je? kan bagus kalau main sudoku!

14. Beli sharpener yang ada cermin sebab nak betulkan tudung, main pantul cahaya. Lepas tu tak bagi kawan tiup takut tumpul.
betul! bukan saje nak beli lah... memang zaman tu ada shaperner pesen gitu. tu paling murah la kot...berapa sen je... lepas tu bile jatuh pecah... cermin bulat dia terkeluar. aku yang kretif tampal kat ujung pensel atau pen... motip? tak tau la... zaman menengah masih ada yang main pantul cahaya matahari petang2, duk tepi tingkap kan kena panas... dah member kena sound ngan cekgu...

15. Tuang air panas dalam piring sebab nak bagi sejuk, kemudian minum dalam piring.
pernah buat masa kecik2. datang umah orang, mak nak balik cepat gaknye...tuang teh dalam piring, hah minum lekas... hihihih. skrang dah tak teringat nak ajar anak gitu.

16. Tak bagi kawan korek pensel di kedua-dua hujung nanti mak mati.
ada... tapi aku kecik2 blur... layan je la.. tak pikir pape pun... 

17. Bila blackout, pakai lilin buat pelbagai aksi dengan bayang-bayang.
dah bosan takde menda nak buat dalam gelap... main bayang2 ler... bapak aku rajin melayan.... bentuk anjing siap sound effect!

18. Sebelum minum susu kotak, koyak dulu tepi dia, tengok sama ada tanda + atau -. Orang cakap kalau tanda -, tak boleh minum. Pastu terus buang.
tepi kotak tu kan ade pelipat.. haa bukak pelipat tu... padahalll...merepek sungguh. tak belajar lagi pasal expired date masa tu... 

dah! cukup la ni... aku menaip ni pun sambil terbayang2 zaman kecik2 dulu....agaknya wyna nanti nak tulis ape lagi 30 tahun ek... 

mungkin tulis pasal cerita upin ipin, pasal galaxy note, pasal gamepad abah dia... mungkin la!

Perbandingan

$
0
0
Aku borak ngan zuel...

Aku cakap aku rasa nak improve diri sendiri sebab aku tengok kawan2 rata2 ada improvement dari segi kerjaya... sedangkan aku dalam 5 tahun ni macam tuuu la jugak.

Ada yang akan start mengajar
Ada yang dapat keje ngan the star
Ada yang dah dapat keje gaji 4k
Ada yang dah berenti keje buat bisnes
Ada yang dah sambung belajar

Aku? Nak pegi belajar bahasa mandarin pun zuel cakap tak payah. Bila aku meluahkan rasa nak laa jugak improve something dalam life aku... zuel tanya... aku nak improve apa? Improvement perlukan pengorbanan, aku nak korbankan ape? Masa bersama suami dan anak? Dah la waktu kerja macam ni pun kita tak selalu jumpe wyna...

Aku diam.

Zuel sambung lagi... "orang lain tu... cuba tengok life dia.. mungkin dia takde komitmen keluarga... mungkin dia lom ada anak? Ntah2 orang lain pun cakap pasal apa yang sayang dah ada sekarang ni...."

Aku diam lagi. Pastu aku sambung... "hmmm kalau tanya betul2 apa yang syg nak... sayang nak bebas utang... nak jaga wyna sepenuhnya. Tapi untuk masa sekarang ni belum bole lagi... komitment melangit!"

Bila pergi beraya rumah kawan2 zuel... balik dari beraya tu... aku cakap kat zuel...

"Tengok wife kawan2 abg... sume keje hebat2... tu pun antara sebab kenapa syg nak improve diri syg"

Zuel jawab "sebab tu dulu calon wife abg kena ada degree"

Aku pukul zuel. "Abes nyesal la ni?"

"Dah tu! Nak sangat compare kan..."

Padan muka aku. Ye. Laki aku suke provoke kalau dia rasa aku cakap something yang nonsense. Nak sangat kan? Nah hambik!

Diorang tu...
Ada consultant JKR
Ada yang sambung study kat jepun (tapi both husband n wife dan anak2 terkorban la sikit) 
Ada nurse HSA
Ada penolong jurutera  JPS
Ada hr management UTM
Ada cekgu sekolah

Bila masing2 kumpul ramai2... semua ada topik nak borak pasal kerja. Kadang2 kerja diorang saling sangkut paut. Ehh ko kenal tak si polan si polan...? Sapa boss ko ekk? Alaa hari tu aku ada jumpe kat sana sinun... bla bla bla

Ataupun kerja diorang sama bidang even lain2 tempat kerja...

*aku duduk ujung sofa minum air je laa. Nasib ada anak... tak la kejung.

Tapi semua yang aku sebut kat atas tu goverment servant laa... Hahaha. Aku je keje kat kilang cabuk. Kadang2 segan gak bile orang tanya keje mana?

Keje kilang buat shampu...

Nak rasa sama level ngan diorang? Hah keje la gomen - zuel cakap. 

Nak keje gomen ngan umur camni... dengan diploma dari kolej yang dah lama tutup... ingat bole dapat gaji lagi besar? Diorang tu rata2 Gred 41 yer... aku nak pegi interview gomen pun mintak diorang chop sign sijil2 aku...

Zuel cakap... dia rasa bini dia ni dah ok dah.... keje pun tak pressure sangat... tak ganggu masa bersama suami dan anak... dah ada part time IZP ngan Shaklee tu... pada dia dah ok la... dia tanak pun aku keje makan gaji 3-4-5 ribu tapi wyna jumpe aku dalam mimpi je... kalau kerja kat rumah atau bisnes sendiri tu lain la citer...

Apa nak buat kan? Suami lagi redha aku macam ni. Kang aku sibuk carik duit suami tak berapa redha (read : happy). Nak buat ape2.. nak kerja apa.. kena la mintak suami approve (redha)....

Aku redhooo ajelah.

Ps - masa couple dulu aku bagitau kat zuel... aku ada sorang kawan lulusan degree... hah pi lah ngorat dia.. ehh tanak pulakkk. Kata nak awek degree!

Kadang2 penat jugak

$
0
0
Aku boleh jadi pendengar yang baik. 

Kalau tak dapat nak bagi nasihat atau pendapat... aku masih boleh berkongsi baca atau mendengar.

Tapi kalau asyik nak layankan masalah sama yang diulang tayang... penat juga.

Kalau dah selalu benar membaca cerita ntah siapa yang takde kaitan dengan hidup kamu atau aku... pun penat juga.

Senggang sungguh kamu sampai ada masa nak selongkar hidup orang lain hanya melalui muka buku. Lepas tu share dengan aku. Kadang2 aku pun tak tau nak komen apa sebab orang yang kamu hendap itu orang asing... bukan siapa2 dengan kamu apa lagi dengan aku.... so kenapa sibuk nak ambil tahu?

Sudah kahwinkah dia?
Sudah punya anak kah?
Berkonflik dengan rumahtangganya kah?
Oh! Mereka sudah kembali berbaik kah?

Alahai kamu... Apakah kamu...

Takde kerja? 
Busybody? 
Suka speku? 
Suka judge life orang?

Sayangnya aku ini sudah sibuk dengan kerja dan keluarga... banyak perkara lain yang aku perlu komen dan uruskan... jauhhh lebih penting dari membaca mesej2 kamu ditengah malam hanya kerana berkongsi cerita tentang orang asing. Tak pastilah jika kamu punya pengharapan untuk menyelit dalam hidup orang itu. Ada kalanya aku tak tahu mahu membalas apa? Kalau ikutkan hati, memang ku biar saja tidak berjawab.

Maaf... bukan aku tak boleh lagi nak berkongsi apa saja... Pastinya boleh jika itu berkaitan dengan hidup kamu. Aku sedia meminjamkan bahu. Tapi aku sudah lelah mahu berkongsi layan cerita kamu yang selalu menyibuk hal orang yang bukan siapa2 dengan kamu pun...

Get a life please!

Orang Lelaki

$
0
0
entri ini panjang... pastikan korang free kalau nak baca :

Tips memikat isteri :-
Bangun awal pada isteri

Kejut isteri bangun tahajud
Kejut isteri bangun subuh
Imamkan solat selalu 
Baca doa untuk isteri salam cium dahi
Mintak maaf sebelum tidur atas segala nafkah yg terkurang setiap hari ...

Tolong masukkan baju kotor sendiri dan anak2 dlm bakul / washing machine ... jgn main campakk je ...
Tolong basuh pinggan
Tolong jangan baring buat bodoh je masa isteri penat kat dapur atau uruskan anak2
Tolong mandikan anak2 / mandi sama dgn anak2
Tolong pakaikan baju anak sikat rambut anak2
Tolong ajar anak mengaji 
Tolong teman anak2 buat kerja sekolah / membaca

Pimpin tangan isteri shopping walaupun hanya barang dapur atau beli barang basah kat pasar tani

Tolong jemur kain biarpun tak tolong basuh pun
Tolong picit kaki isteri dan tangan dia sebelum tidur dan cakap "thank you" ... "i love you"
Hormat ibubapa isteri
Ngam dgn bapak isteri (mertua suami)
Jangan biadab dengan orang tua atau sesiapa pun 
Jangan ganas dan darah panas (isteri suka lelaki yg sopan tapi tegas)

Tegas dalam buat keputusan 
Meminta maaf bila buat salah dan mengaku kesilapan
Tolong lah bersihkan badan dan berbau harum
Jangan boros ... pikirlah masa depn
Jangan kedekut 

Tolong cukur kemas janggut dan misai (termasuk bulu ketiak)
Potong kuku please

Jangan tinggal solat ... 
ajar dan didik isteri tentang agama
ajak isteri pergi dengar kuliah sama2

Tolong lipat selimut dan kemas cadar
Sabar bila isteri membebel 
Jangan kutuk masakan isteri
Sokong hobi isteri (tanam bunga / crostige etc.)

Tolong vacum karpet
Tolong tukar mentol yang padam
Tolong mesin rumput di halaman rumah
Tolong drill and gantung gambar2

Tolonglah jgn tinggikan suara di khalayak ramai
Panggillah dengan panggilan yg isteri suka
Jangan bandingkan isteri dengan kekasih lama / jiran / staff pejabat / isteri orang lain
Belikanlah hadiah walaupun murah
Suka bersedekah
Suka bantu orang susah
Mandi sama2
Solat sama2

Bincang dulu sebelum buat major decision
Selalu buat surprise yg isteri suka
Tolong isteri masak walaupun hanya potong bawang

hemmmmm ...
Banyak lagilahhhhhh rasanya ...

TAPIKAN ... SEKIRANYA SUAMI ISTERI ITU PAHAM, SEMUA PERKARA DI ATAS TAK PERLU TIMBUL ... SEBAB MATLAMAT PERKAHWINAN IALAH NAK CARI REDHA ALLAH ...

Jangan terlalu meminta semua perkara diatas dilakukan suami anda untuk anda kerana bila suami anda tak lakukannya maka pada masa itulah IBLIS AKAN MASUK untuk merasuk fikiran kaum ibu / isteri-isteri di luar sana untuk mula membenci / sakit hati / demand / komen suami masing-masing.

Sedangkan Allah itu maha agung maha pengasih maha pengampun ... mana ada lelaki dan perempuan yg sempurna.

Carilah kebaikan dalam diri suami masing2 bukan kelemahan. InsyaAllah ... kalian berdua akan mendapat redha Allah .. rumahtangga bahagia kekal selama2nya ...

Jangan cari kelemahan pasangan anda !

Cari kebaikan pasangan anda dan perbaiki kelemahan diri masing-masing.

Wallahu'alam !!


***********************************************

Bini sedang ajar anak mengaji, tiba tiba baby meragam.

Tak nak susahkan bini, aku cuba pujuk baby, sekali bila semak punggung anak, berak rupanya, lampin dah bocor, aku pun sebagai bapa misali akhir zaman terus basuk berak anak, sila kagum dari jauh.

Oleh sebab seluar baby dah kotor, aku tukar seluar baru.

“Bang, kenapa pakaikan baby seluar siang, kan dah malam ni”

Tegur bini buat aku terfikir, Oh rupanya ada baju bahagian siang dan ada baju bahagian malam. Tapi sebab tak faham aku tanya balik: “seluar malam yang mana satu?”

“tentulah seluar panjang, baru baby tak sejuk dan nyamuk tak gigit”

Ye tak ye jugak, akupun cari seluar panjang baby dan ganti dengan seluar tadi.

“abang, kenapa tukar seluar warna tak match dengan baju, kan baju tu ada sepasang?”

“yang kotornya seluar, buat apa nak tukar baju! Tukar seluar dah lah!”

Hujah aku dengan logik akal, bini aku diam jer, dan sambung ajar mengaji pada anak anak.

Lepas dah ajar anak yang lain mengaji, bini ambik baby untuk menyusu.

Akupun pergi keluar rumah untuk kunci pagar sebab dah malam, bila masuk rumah balik, aku tengok baju baby dah bertukar match dengan seluar tadi.

Woha!
Sensungguhnya, aku tak paham orang perempuan, tapi inilah kisah laki bini, adohai..

***********************************************

Yep. Sifat lelaki.

Tak kisah pakai baju anak yg dah senteng nampak perut. Janji baju tu bersih.

Nak basuh punggung anak pakai sabun cuci muka pun xpe janji najisnya ilang.

Nak lap dapur pakai kain lap pinggan mangkuk yg bersih pun takpe janji minyak kat dapur ilang.

Nak masukkan lauk dalam bekas letak nasi yang sah2 besar gedabak utk lauk secoet pun takpe. Janji lauk terhidang atas meja.

Nak sapu rumah pakai penyapu luar yg bertanah pun takpe janji lantai rumah bersih disapu.

Nak gantung baju basah dekat ampaian tak perlu kibas utk licinkan baju pun takpe asal baju kering.

6 tahun berkahwin.
Satu benda aku belajar.
Berterima kasihlah walau tak sempurna kerja2nya.
Janji dia nak bantu.

Sebab dia kadang2 bengang jugak kalau aku suruh dia buat kerja rumah rapi2.

Sebab dalam bengang2 tu dia akn cakap.

"Yang......kalau semua benda i buat betul ...maksudnya i ni laki orang yang....."

Aku senyap. Terus angkat punggung.

Oklah. Alasan diterima.

***********************************************

aku? setuju... suami aku pun kadang2 ade ke-tidak-rapian bila tolong buat kerja orang perempuan.
Tapi macam dah tulis kat atas tu... Janji suami nak bantu.

Pada aku tak payah demand sangat, kalau demand, mohon buat sendiri.

Besar rahmat dah dapat suami, kat luar sana ramai lagi yang mencari dan menanti.
Besar rahmat dah dapat suami yang lekat kat rumah, kat luar sana ramai kaki kedai kopi siang malam.
Besar rahmat dah dapat suami yang tak kaki botol, kaki pukul, kaki judi, kaki pelacur dan macam2 kaki lagi... ramai juga yang beratur ikut turn kat pejabat agama tu nak kena kaunseling mahupun failkan perceraian...

Berterima kasih. Bersyukurlah. Tuhan kata :
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku),maka pasti azab-Ku sangat berat."(QS.ibrahim [14]:)

Syukurlah ada suami yang baik, yang beragama... apa yang kurang itu masih boleh diperbaiki. Lagipun aku bukan isteri yang sempurna. Esok kalau suami aku demand tulis 1001 tips pikat suami, bole pitam aku!

Soalan sebelum bersalin

$
0
0
okeh, pagi ni phone office rosak, kena petir petang semalam. so semua incoming call akan kedengaran seperti tidak berjawab, padahal phone office yang tak berbunyik...

aku nak cakap yes? YES!! taip blog kejap...

sebelum aku nak cerita soalan yang patut ditanya kat doktor OnG sebelum bersalin, aku google la sikit... sebab aku pun dah tak berapa ingat apa yang aku tanya kat doktor aku dulu. tapi tak banyak yang aku jumpe, atau keyword tak kena kot...

ni citer masa aku belum bersalin la... lepas dah bersalin, aku baru jumpe banyak info2 lain tentang persediaan sebelum melahirkan. antara yang utama ialah - birth plan. Contoh birth plan :


Birth plan ni adalah pelan rancangan tentang apa yang seorang ibu tu nak ia dilakukan dan tak nak dilakukan terhadap dirinya dan bayi. Benda ni kena submit sebelum bersalin untuk dimaklumkan kepada doktor, nurse dan semua orang yang akan terlibat. sebab masa dah masuk proses nak bersalin nanti dah tak boleh nak buat apa2 dah... so kalau ada special request, digalakkan ada birth plan / surat bertulis dari ibu kepada doktor.

kat atas tu contoh simple je. ada ibu yang tulis lagi panjang... ok, melalui web babycenter, soalan2 biasa yang kita patut tanya kat doktor adalah :

Lima soalan untuk ditanya kepada doktor

1.Adakah semuanya baik dengan kehamilan saya ini?
2. Apa yang boleh saya lakukan untuk membantu bayi saya membesar dengan sihat dan saya juga kekal cergas dan sihat?
3. Apakah ujian saringan atau diagnostik yang ada untuk melihat ketaknormalan dan bilakah saya boleh melakukannya?
4. Apakah pilihan yang saya ada mengenai di mana saya akan bersalin serta pilihan apa yang saya ada semasa kelahiran, contohnya, jenis penahan sakit semasa pelahiran?
5. Berapakah bayaran yang dikenakan oleh anda dan pihak hospital? Tiada alasan untuk mengelak daripada isu ini kerana setiap doktor dan hospital menetapkan bayaran berdasarkan kepakaran, kemudahan dan perkhidmatan khas mereka.

ok...melalui pengalaman aku, doktor yang monitor aku semasa pregnant tu memang bagus, dia check semua benda yang parent perlu tahu. yerla, nak harap kitorang yang bertanya, mana la tau nak tanya apa... doktor tunjuk kaki, tangan, berapa besar kepala... air ketuban cukup ke tak... mana tali pusat dia... mana jantung dia... aku pernah citer sikit pasal ultrasound kat SINI

ultrasound jugak bole nampak jantung dan organ2 asas yang lain, siap doktor print kaler biru dan merah untuk bezakan organ2 dalaman. dari situ doktor boleh jelaskan semuanya nampak normal atau  kalau ada sebarang ketidak-normal-an, doktor dah boleh detect... contohnya kalau jantung berlubang.

soalan2 yang aku nak tanya kat doktor, ada sebahagiannya aku ngan zuel dah siap2 pikir dan tulis, takut kalau terlupa... kadang2 kat rumah teringat nak tanya, lepas jumpe doktor, lupaaa semua...

tapi soalan yang aku ingat dan kerap ditanya bila dah menjelang nak bersalin :

1 - Peratus kemungkinan bersalin normal
benda ni banyak kali kot aku tanya kat doktor. kalau bole, aku harap la doktor tu cakap "saya jamin awak bersalin normal 100%".... haha. mana ada doktor nak bagi gerenti macam tu. dia cuma cakap, berdasarkan pada tahap kesihatan aku dan baby, dan lain2 faktor yang doktor dah analisis, dia pun bole kata cuma 90% aku boleh bersalin normal. lagi 10% tu adalah keadaan yang kita semua tak tau apa yang boleh berlaku semasa nak bersalin tu... doktor siap lukis gambarajah lagi!

2 - Kos bersalin
Of course la mesti nak tanya tentang kos bersalin kat sana. doktor tak boleh nak bagi total amount, dia cuma bole bagi average cost je. sebab kita tak tau, apa yang akan jadi masa bersalin nanti. apa equipment yang doktor akan pakai... contohnya kalau tiba2 masa bersalin tu kena vakum, dah tambah kos kat situ... itu semua faktor yang akan menentukan total kos keseluruhan selepas bersalin. siap2 amik tahu kos bersalin normal dan kos bersalin c-zer.

3 - Jenis penahan sakit dan kosnya.
Biasanya orang tanya pasal epidural. kos epidural ni kalau kat hospital tempat aku bersalin dulu - RM800. epidural ni kena decide nak amik atau tidak sebelum sakit bersalin lagi. maksudnya, kalau tanak rasa sakit langsung, bile dah masuk hospital tu, terus cucuk epidural. dan bole lah berjimba2 sampai bukaan 10cm pun takde rasa apa... - ni orang cerita la, aku tak amik epidural, so tak tau la rasanya macam mana....

doktor tak galakkan amik epidural bile dah sakit sangat sebab kurang berkesan. so kalau nak amik epidural... kena amik sebelum sakit. kena decide awal2 nak atau tidak.

Aku tanya kat doktor, sejauh mana biasanya ibu2 nak bersalin ni bole tahan sakit, doktor pun tak dapat nak bagi jawapan pasti. sebab kekuatan tahan sakit seseorang tu tak sama. ada yang dah 10cm pun dia kuat boleh tahan lagi, ada yang baru 3-4cm dah melolong2....gitu lah umpamanya...

bincang ngan zuel, zuel cakap... cuba la dulu tanpa epidural. sebab aku pun tak tau lagi rasa sakit bersalin tu macamana, tak tau lagi adakah aku boleh bertahan? kalau tak boleh nanti 2nd baby amik la epidural...ecececeh...

4 - Perlu booking bilik atau tidak?
ini aku tanya kat doktor...dia cakap tak payah. Kalau tak silap la. kalau kena booking, dah tentu ler awal2 aku pi book kot... tapi masa nak bersalin tu check in je macam biasa... kalau takde bilik single, kena la mintak transfer nanti...

5 - Adakah hospital akan hantar ke Hospital Besar Kerajaan jika berlaku sebarang masalah?
Soalan ni penting sangat bagi aku... biasa kan kita baca, kalau beranak kat swasta, kalau terjadi pape hal diorang tolak ke hospital kerajaan. so aku tanya kat doktor... doktor cakap hospital ni tak akan tolak keluar mana2 patient ke hospital kerajaan kalau berlaku apa2 komplikasi. (dalam kes ni - bersalin la)

so bagi aku, cerita yang biasa kedengaran tu, kena check balik hospital mana? HOSPITAL atau KLINIK BERSALIN? setakat yang aku tau la, kalau bersalin kat hospital yang ada pakar, ada kelengkapan, diorang tak akan tolak patient keluar... tapi kalau KLINIK BERSALIN tu mungkin la sebab mungkin diorang takde peralatan yang cukup.... mungkin laa... mungkin!

Tak pernah lagi aku baca hospital swasta yang besar2 ni keluarkan patient tolak pi hospital gomen... even PCMC yang exclusive tu pun takde... so mommies out there yang merancang nak bersalin kat private tu, buat survey, semak record dan banyak2 bertanya dengan orang yang pernah bersalin kat hospital yang korang nak pegi...

Hospital yang aku pegi dulu tu masih baru, so tak banyak review... banyak review "offline" dari cerita kawan2 zuel... ada sorang blogger tu bersalin kat situ gak, aku sanggup email dia nak tanya tentang pengalaman, kos, doktor ok ke tidak... cuma dia punya kos tinggi lagi la sebab c-zer dan ade special case. masa aku jumpe doktor aku, dia pun masih ingat that patient. hihih.

Sekarang ni dah ramai yang bersalin kat sana... ex lecturer aku pun baru2 ni bersalin sana gak...


setakat ni je soalan yang aku ingat. sebenarnya yang ujung2 ni aku banyak tanya tentang proses dan kos supaya kita bersedia dalam apa2 kemungkinan... maklum la, anak sulung, banyak perkara aku tak tau lagi...

Bacakan Ayat-Ayat Ini Sebelum Anak Anda Terlelap Tidur

$
0
0

Sebelum ni aku ada baca kat mana ntah... lupa dah. aku cuma ingat ada 4 jenis ayat yang digalakkan baca semasa anak nak tidur... dalam dia mamai2 tu...


tapi kekadang aku dah baca siap2... wyna bangun pi smack down kitorang... haiii laa anak. main la pepuas. ibu nak tido dulu yek. nanti dah ngantok datang carik "nek" tau... iye... dah tutup lampu gelap gulita pun dia boleh main jugak... lagi penat kalau aku nak pakse dia tido. sometimes terpakse la kena marah sikit sampai wyna menangis... haaa pastu baru dia nak tido... 

Dipetik dari : SINI

********************************************************
Untuk mendapatkan anak yang sholeh, lembut hatinya, rajin belajar dan juga rajin beribadah, bacakan ayat-ayat ini sebelum anak-anak betul-betul terlelap tidur. Jadi kira-kira mereka sudah terpejam tapi masih bisa menerima stimulus dari luar.

Bacakan Ayat-Ayat Ini Sebelum Anak Anda Terlelap Tidur

Apa ayat-ayat yang dibaca?

      1.       Surat Al-Fatihah 1 kali
      2.       Ayat Kursi 1 kali
      3.       Surat al-Insyiroh 1 kali
      4.       Surat Thoha ayat 1-5, 1 kali

Setelah itu kemudian hembuskan di ubun-ubun anak kita. Niatkan agar anak menjadi anak yang sholeh dan pandai, rajin beribadah dan juga belajar.

Jika sudah terlanjur tidur, bisa juga anda bacakan ayat-ayat tersebut ketika anak anda sedang tidur. Kemudian hembuskan juga di ubun-ubun dengan niat yang sama. InsyaAllah anak-anak akan menjadi anak yang kita idam-idamkan. Amin…
********************************************************

aku kalau bab2 macam ni segan sikit nak share... maklum la.... sendiri pun terejal gak... huhuhu. mana yang elok kita amalkan lah yer... semoga bermanfaat.

Awkward

$
0
0
atau dalam bahasa melayu urban suka taip - okwed

awk·ward (ôkwrd)
adj.
1.Notgraceful;ungainly.

2.
a.Notdexterous;clumsy.
b.Clumsilyorunskillfullyperformed:Theoperawasmarredbyanawkwardaria.

3.
a.Difficulttohandleormanage:anawkwardbundletocarry.
b.Difficulttoeffect;uncomfortable:anawkwardpose.

4.
a.Markedbyorcausingembarrassmentordiscomfort:anawkwardremark;anawkwardsilence.
b.Requiringgreattact,ingenuity,skill,anddiscretion:Anawkwardsituationaroseduringthepeacetalks.

sumber : http://www.thefreedictionary.com/awkward

>>>>>>>>> contoh okwed dalam situasi yang berlaku minggu ini :

CERITA 1 :
seorang jiran dalam satu lorong di sebuah taman perumahan yang aku duduk, dia selama ini buat hal sendiri, tiba2 nak join balik geng2 yang aktif kat lorong tersebut. 

*mula2 dulu join, lepas tu senyap macam jauhkan diri. lepas tu suddenly raya ni dia came out dengan pelbagai idea...

tapi aku saspek beliau dah pakai smartphone. so bole join wassap group geng lorong rumah aku. bukan aku cakap, dia sendiri cakap dulu dia takde smartphone.

tapi situasi menjadi OKWED bila dia datang beraya semuaaaa rumah jiran2.... (actually sebelum ni tradisi beraya ialah gerak ramai2 satu rumah ke satu rumah, tapi kali ni dia gerak sendiri dengan agenda...jeng jeng jengg).... datang umah beraya tak salah. tapi aku dan zuel naik pelik dan OKWED bile tetibaaaa jek dia cakap "tahun ni kita wat potluck or kutip duit buat jamuan rayalah... aa nanti ko cakap la ngan budak2 lain ke kan... kita kutip la dalam rm50 ke...yada yada yada..." 

eehh ehh kau ni.... KITA katanya... padahal keputusan tu dia sorang yang buat. tup tup tup nak SURUH buat potluck... atau KUTIP SATU KELUARGA RM50... TANPA BINCANG dengan jiran lain.

sungguh OKWED. dan lagi OKWED bile 2 hari lepas dia suruh bini dia taip surat rasmi pasal kena kutip RM50 tu, tarikh majlis sekian, lokasi sekian, lepas tu suruh bini dia email zuel dan suruh zuel print pastu edarkan kat semua jiran2... letak kat petipos. again, tanpa sebarang perbincangan majoriti. 

ala..dia ada la bincang tapi cakap ngan ketua lorong je... padahal jiran2 lain tak setuju pun sebab date yang dia pilih tu masing2 tak free... u know laa... joho cuti jumaat sabtu tak sama ngan kerja swasta, so ada masalah kehadiran kat situ... tak semua bole join...

dan RM50 satu keluarga tu banyak yer... kalau yang bayar 10 keluarga takat yang ade 2-3-4-5 orang anak kecik, mewah tahu! bole buat makan2 open house 100 orang dewasa... aku syak dia nak order kambeng gelek... 

nak lagi OKWED? bile idea dia tu kurang dipersetujui, dia dok perli2 orang dalam wassap group.

CERITA 2 :
seorang kawan yang tak berapa rapat (nak sedap cerita, aku buh nama dia Lisa) tapi pernah la tido, datang masa aku kawin dan datang beraya umah aku... telah sampai jodohnya... aku tahu dari kawan yang lain bernama Hani. the OKWED moment ialah bile... tiba2 Hani tu pm aku kat fb :

"heeey... Lisa nak kawin dah! hahaha tak sangka...senyap2 diam2 berisi...yada yada yada.. dia kawin ngan sape ekk? yang mamat nickname yada yada yada... jodoh tru forum yada yada yada... "

ok yada yada yada tu abaikan je la yer... malas taip dialog panjang beno...

OKWED rasanya sebab Hani tanya kat aku yang tak rapat dengan Lisa ni, tapi aku tau la ape yang berlaku.... lagi OKWED sebab aku pun tak dijemput tapi si Hani ni dok gembira cerita pasal dia dapat invitation tu... OKWED betul!

apesal laa Hani tak tanya kat bekas kawan baik Lisa bernama Suri? (bekas kawan baik kauuu...) Suri mesti la lagi tau serba serbi pasal Lisa... hihihi.... sedap sikit drama telemovie ni... bayangkan kisahnya tetiba Hani pegi PM Suri yang tak tau pun pasal Lisa nak kawin... oohhh apekah akhirnya kisah telemovie ni?

produser bole amik idea ni, bubuh tajuk OKWED LisaSuriHani! 

sebenarnya aku tak kisah pun pasal jemputan tu... in fact memang tak bole pergi sebab jauhhhhh...ni sape lagi kawan yang kawin jauh2, aku kena sediakan tabung bernama - tabung untuk attend wedding yang melepasi sempadan Wilayah Persekutuan. kena kumpul tambang sekeluarga. kalau KL tu aku bole gagah lagi pasal kalau nak balik hari pun bole... habis sudah pun naik bas express je. eh!

ok jugak tak jemput, tak menjadi satu tanggungjawab aku nak kena pegi... ada pendapat kata kalau dah dijemput, wajib pegi. (uuuu ramainya kawan yang wajib datang mase aku wedding dulu, ai sanggup beli stem semata2 nak jemput guna kad tau... ada yang siap dapat 2 keping kad, 2 kali pos! haaa nasib dia datang... =p)

dah! habis kisah aku merapu pasal OKWED... bai!

Sembahyang Hantu - Hungry Ghost Festival

$
0
0
hari tu kat opis pun ada buat... tapi takde la sampai ada makan2 macam sesetengah tempat... tak meriah sangat la macam sesetengah company...



lepas tu aku saja je tanya opismate - itu sembahyang apa?
padahal dah tau... sembahyang hantu... tapi tujuan aku tanya tu dengan harapan dia akan citer dengan lebih lanjut. mungkin aku pun tak pandai tanya... so tak dapat la huraian kisah sembahyang hantu... opismate pun jawab macam takut2 je... jawab slow.. "tuu...hee sembahyang ...hantu..." perlahan je cakap... takut hantu dengar kot...

aku sibuk nak tanya bukan apa... pengetahuan am orang kata... takpe, kita tanya pokcik google aje lah... 

***************************************
Kamu semua mesti berasa curiga terhadap adat orang Cina sembahyangkan hantu-hantu pada bulan August(bulan tujuh dalam kalender org Cina). Saya ingin menerangkan cerita tentang Bulan Hantu Lapar dan Hari "Poh Thor".

Hungry Ghost Festival sebenarnya ada cerita yang berkaitan dgn seorang murid Buddha yang bernama " Mu Lian ". Mu Lian telah mencapai keajaibanan dan dapat kuasa yang luar biasa. Dia melihat ke dalam NERAKA HANTU dan mencari ibunya yang telah mati. 

Mu Lian nampak ibunya menderita dalam neraka (ibunya sebenarnya busuk hati semasa hidup), apa-apa yang dimakan akan menjadi api dan tidak dapat dimakan dalam neraka. Mu Lian berasa simpati terhadap ibu yang dia amat menyayangi, dia cuba bagi makanan kepada ibunya, tapi makanan itu menjadi api dan tukar jadi habuk dalam sebentar. 

Mu Lian sambil menangis dan tanya Buddha, Buddha kata," Ibu kamu telah membuat jahat terlalu banyak semasa hidup, dengan kuasa kamu tidak dapat menyelamatkannya. Kamu kena mengabungkan kuasa ramai sami-sami dengan memberi makanan dan minuman kepada mereka dan mengadakan upacara sembahyang, mengabungkan mereka pada hari 15/07,dengan gabungan kuasa mereka semua baru dapat menyelamatkan ibu kamu." 

Mu Lian pun menyediakan hidangan dan upacara sembahyang yang diajar oleh Buddha, dia mengabungkan semua sami-sami yang berkuasa pada hari 15/07, akhirnya dia berjaya menyelamatkan ibunya dari nereka hantu. 

Selepas itu, Buddha kata kepada muridnya, "Kamu semua boleh mengadakan upacara sembahyang yang sama pada hari 15/07 setiap tahun, sembahyang untuk panjang umur dan sihat ibubapa, yang telah meninggal pula dapat melepaskan diri dari Neraka Hantu."

Inilah cerita asal Bulan Hantu Lapar dan Hari "Por Thor"

Orang Cina percaya bulan tujuh dalam kalender orang cina, pintu neraka hantu akan buka, semua hantu-hantu dapat keluar dari neraka hantu selama sebulan. Oleh itu, orang Cina mengadakan upacara sembahyang hantu dengan makanan dan minuman, harap  hantu-hantu yang menderita (mungkin ibubapa atau saudara saudari, kawan yang meninggal dunia) dalam Neraka Hantu boleh menikmatinya. Yang membakar kertas wang dan barang-barang bukan kepercayaan Buddhism, tapi Taoism. Buddhist tidak ada kepercayaan atas membakar kertas wang atau membakar colok sebenarnya. Taosim biasa membakar colok untuk tujuan sembahyang.
***************************************
itulah ceritanya... petikan dari sorang forumer (aku rase dia berbangsa cina) kat forum cari.com. ada lagi huraian yang lebih panjang kat link bawah, boleh pegi baca kalau korang curious macam aku...

ada yang komen kat satu blog lain kata merepek aja... yerla, bagi Muslim memang la benda ni merepek... ko tak pikir pulak kalau penganut agama lain pun ada cakap amalan agama Islam merepek... sebab dia berpegang pada agama dia... hormat je la dan tak payah la nak cakap mengarut, merepek apa segala... 

pada aku kesimpulannya, takde agama yang nak buat amalan yang tak baik... kes sembahyang hantu lapar ni pun kira amalan yang baik jugak la mengikut kepercayaan diorang...

"Menurut seorang sami Buddha di Petaling Jaya, Bulan Hantu Lapar adalah bulan mulia dan sangat diberkati. Para sami belajar dan berbincang tentang agama dan erti kemanusiaan pada bulan ini dengan pembebasan roh. 

© Utusan Melayu (M) Bhd "

ps : aku ni sebenarnya orang yang suke belajar tentang budaya, adat tentang kaum lain, suka pegi tempat2 sejarah, suka tengok pameran seni, pegi muzium, tengok patung lilin orang2 terkenal... anything yang sewaktu dengannya la... tapi suami aku tak gemor... huhuhu. apa nak buat... 

contohnya Time Capsule dan lombong bijih timah ni menarik untuk dilawati... aku berminat tapi zuel cakap kolong tu kat site ada banyak, dia bole buatkan kalau aku nak... 
Onion Head Emoticons 30Onion Head Emoticons 30Onion Head Emoticons 30

Jangan taksub pada cawan hingga kopi tertumpah

$
0
0

Aku bersama rakan alumniku yang dikira berjaya dalam kerjaya balik melawat ustaz kesayangan kita di universiti.

Ustaz Abu Khari menghampiri umur persaraan. Tingginya 52, seorang peramah dan terkenal dengan rendah dirinya.

Perbualan bersama Ustaz Abu Khari membawa balik kembali seribu satu nostalgia.

Di tengah-tengah, perbualan bertukar arus kepada rintihan mengenai tekanan di tempat kerja dan kehidupan. Kami semua, walaupun dikira berjaya, tetap menghadapi kesukaran mengerumudi tekanan kerja dan hidup seharian.

Waktu itu, Ustaz Abu Khari bangun dan ke dapur untuk menyediakan air kepada kami. Air kopi kesukaannya dibancuh di dalam satu teko dan pelbagai jenis cawan disediakan untuk kami – porselin, plastik, kaca, kristal, yang biasa, yang mahal, yang unik rekabentuknya – dan menyuruh kami untuk menghidangnya sendiri.

Kami semua mengambil giliran masing-masing untuk mengambil air kopi yang dihidangkan. Ada secawan terlebih.

“Jika anta semua perasaan, semua cawan yang elok dan mahal semua diambil, yang tinggal hanyalah cawan yang biasa. Adalah normal bagi anta semua nak yang terbaik untuk diri sendiri, tapi itulah juga punca kepada segala tekanan dan masalah anta semua.

Kita tahu cawan tidak akan mengenakkan lagi rasa kopi. Dalam kebanyakan keadaan, ia cuma lebih mahal, malah ada di situasi tertentu ia memendamkan apa yang kita minum.

Apa yang diperlukan anta semua ialah kopi, dan bukan cawan, tapi secara sedar, anta semua berebut untuk cawan yang terbaik, dan selepas itu, anta semua saling melihat cawan yang ada pada orang lain.

Sekarang, bayangkan kehidupan ialah kopi, kerja, duit dan pangkat di dunia sebagai cawan - mereka cumalah alat untuk memegang dan mengisi kehidupan. Tapi jenis cawan tidak akan mengubah, mahupun memberikan makna kepada kualiti kopi yang ada. Kadangkala kerana cawan, kita lupa untuk menikmat kopi yang dibuat Allah ini. Ana tukang bancuh saja,” kata Ustaz Abu Khari.

Kami semua terpegun dan tersentak. Dengan seteko kopi, Ustaz Abu Khari menjawab segala persoalan di minda kami.

“Orang yang gembira dan bahagia tidak memiliki segalanya. Mereka cuma memanfaatkan apa yang ada,” tambah Ustaz Abu Khari lagi sebelum kami meminta izin untuk beredar.

Kami semua tersenyum.

Wahai anakku,
Dalam hidup ini, jangan taksub pada cawan sehingga tertumpah kopi. Jangan pula terlalu fokus pada kopi tapi terlupa ia perlukan cawan untuk diminum.

Di tengah malam

$
0
0

Aku kan... serba salah jugak. Kadang tu tak dapat tipu la apa rasa hati ni. Tak layan... itu kawan.... lagi tak sampai hati bile kawan yang mungkin takde tempat lain lagi nak ngadu....

Aku doakan dia cepat2 la berjodohan. Supaya malam2 dia dah ada teman. Tak la lagi tengah malam buta dok kuis2 tepun lagi hantar wasap kat aku selepas pukul 12 tengah malam... kadang satu dua pagi... kadang aku baru nak lelap bunyi wassap masuk. Kadang aku abaikan je... baca esok pagi lepas subuh. Kadang aku baca la jugak... dan balas. Bukan mesej apa2 pun... ia cuma mesej yang bole je hantar bile matahari dah terbit esok...

Aku gagahkan balas sebab aku pun tak suka kalau mesej aku tak berbalas. Pernah jugak tengah malam aku belum tido... tiba2 rasa nak wasap kawan aku. Tapi tak jadik pasal dok terpikir... ntah masa tu orang dah tido kaa... kang terjaga? Ntah masa tu "masa berkualiti" dengan suami dia kaa? Ntah.. macam2 lagilah yang aku rasa esok siang aje la aku masej... bukan benda penting pun...

Ini mungkin jugak common sense - jangan ganggu orang selepas tengah malam dengan perkara yang tak perlu... takkan tu pun nak cakap kot? Nak lagi yang dah berkeluarga... bukan bujang lagi nak dok kuis2 tepun tengah malam... orang tu lagi sibuk nak kuis pasangan atau kuis anak....

Masa siang tu panjang sampai ke pukul 10 ke 11 malam... tapi pukul 12 trngah malam ke atas jugakk yang dia nak mesej.... bukan sekali tapi dah banyak kali... tak la sampai tiap2 hari... tapi lately macam kerap jugak... tu yang naik kat entri ni... haha

Aku ada banyak hutang

$
0
0
oleh itu, status dari FB Faiz Sufi ni elok la aku tepek sini... biar senang aku nak carik balik, baca balik, jadi pedoman...

Ulangkaji.

Saya ada banyak hutang.
tapi tak tahu nak bayar yang mana dulu.

=======================
Ilmu kewangan bayaq hutang.

1- Bayar yang paling tinggi interestnya dahulu.

2- Bayar kepada institusi yang boleh merosakkan kehidupan kita.
i.e prioriti : Along > Bank > Saudara > Kawan.

3- Bayar hutang kecik kecik sampai langsai.

Contoh : Ada RM20k, better pergi bayar kepada
orang yang kita hutang RM5k seramai 4 orang manusia.

Sebab dapat tutup 4 mulut, dan kita dapat handle hutang entiti yang main surat sahaja i.e BANK. Jangan bayar RM20k kepada hutang RM80k punya orang/institusi.
*surat tak berapa nak bunyi sangat, sebab kita baca dalam hati.

4- Ada duit lebih - bayar hutang terus ! jangan gedik nak compounding kasi lagi besar kononnya.
i.e Beli produk untuk buat juai juai, nak guna duit untung bayar hutang.

5- Gali gali lubang. Jangan gali lubang untuk buat hutang baru, sekiranya diri itu liat membayar hutang.

Masalah kewangan adalah berpunca dari diri sendiri yang culas membayar ataupun ___________.
(isi sendiri tempat kosong mengikut kaedah berbelanja anda )

6- Downgrade your life. Kalau pakai Porcshe , pastu buat hutang. Jualkan lah reta tu, bayaq duit hutang tu dulu. Kalau ada Astro - cecuba pi potong. tengok astro kat kedai mamak ja. Kalau dok rumah banglo 600k, jualkan ja, duit lebih beli rumah kecik / duk rumah sewa murah ja...

7- Change your environment. Jangan hidup kat kawasan sara hidup tinggi. Berpindah pi duduk kat Guaq Napai. Makan murah, tol takdak, apa pun tak gaduh. Duit lebihan - start mutu pi bayaq kat bank di Jitra. Pindah hidup ke kawasan elaun COLAnya rendah

=======================
Hutang VS Zakat VS Sedekah.

7- Antara beri hutang kepada orang dan memberi sedekah, mana ganjaran lebih besar?
Beri hutang kepada orang kerana beliau berhutang kerana keadaan memerlukan yang mendesak.

8- Nak settlekan hutang? banyakkan bersedekah.
*dah try,memang menjadi.

9- Berzakat menyucikan jiwa dan harta.
Pakcik > Aku buat bendang supaya aku boleh berzakat ! Pakcik tu hidup susah, tapi gagah pi buat bendang juga, sebab dia nak jalankan rukun Islam yang ke 4. walaupun dia adalah golongan asnaf.
=======================
Quote dari kampung FB.

Tolong orang susah time kita senang, itu biasa.
Tolong orang senang time kita senang, itu standard.
Tolong orang senang time kita susah, itu luaq biasa!

Nasihat aku terima :

Kalau hang berhutang RM100k sudah rasa berat belenggu hidup-mu,
maka pergi berkawan dengan orang berhutang RM500k.
Kalau nak rasa ringan lagi RM100k tu,
pi berkawan dengan orang hutang RM5j

Bayarlah hutang PTPTN anda.
Pesanan ini dibawakan oleh : Sabun Buku Trojan.

=======================
entri aku : refer point no 6
pernah jugak ada orang suggest jual je rumah aku tu dan pindah sewa atau duduk rumah kecik... hehehe... buat masa ni biar la tercekik begik sekali pun kena jilat dinding rumah tu nak bagi kenyang perut, takkan aku let go.... yerlaa, sekarang ni nak beli rumah bukan senang..... bukan banglo pun, rumah teres standart jaa... lagipun tinggal 10 tahun je lagi nak habis... biasanya hutang rumah sampai bercucu pun ntah2 belum habis bayar... 

Rangup tapi lembut

$
0
0

bile zuel kunyah tu boleh dengar "krupp! krapp! krupp! krapp!"... bile aku tegur, lagi kuat beriya dia mengunyah...

okey, selalunya aku buat jemput2 memang jadi mampat dan lepas dah sejuk kejung lah dia... lepas tu aku cari cara nak buat jemput2 yang lembut, takkan kejung even dah sejuk...


Bagi aku jemput2 ni base dia tepung je... inti boleh je letak apa2 yang sesuai... bahan2 yang aku guna :

BAHAN-BAHAN
5 senduk tepung gandum
1 batang cili merah
1/2 genggam ikan bilis - rendam dan tumbuk agak lumat
3 biji fishball saiz besar - cincang kasar
1/2 biji bawang besar - dadu
1 sudu kecik garam dan lada sulah
Air mendidih secukupnya

CARA-CARA
1 - Campur je semua bahan dalam mangkuk, gaul rata
2 - Tuangkan air mendidih atau air yang masih panas ke dalam adunan sedikit demi sedikit sambil kacau
3 - Gaul sebati

Tuang air panas tu sikit2 dulu, lepas tu gaul.... pastu tuang lagi air panas tu, gaul lagi... sampai laa semua tepung sebati. Nak campur air biasa sikit2 pun boleh. Bila guna air panas ni, tepung memang macam bergentel la sikit. Jenuh jugak la aku nak mengadun pakai senduk. Adunan ni jangan cair sangat sebab nanti jemput-jemput benyek! Dia elok sedang2, tak lembik sangat, tak kental sangat. Tujuan guna air panas ni, akan jadikan tepung tu separuh masak. Sebab tu bila goreng, dia gebus di dalam, rangup di luar...
just nice with thai sauce or sambal kicap

I love my Job!

$
0
0
jb tengah hujan sekarang ni. lately dah start hujan petang2... alhamdulillah...
krik...krik... krikkk...


kelab mak gojes senyap.
ibu khayla senyap... sedang merancang menu dinner mungkin.

aku cam serabut pun ada. *pms-ing
perkara yang sedang menyerabutkan kepala...

EDIT GAMBAR
120 keping gambar kena pilih dan edit3 ketol custom album - gambar pun belum tengok lagi macamana rupa... masa berjalan tak toleh ni... selagi lom siap sangkut la payment...

hari tu aku up gambar set pakej album, sebab ramai benor yang tak pasti macamana rupa "sticky album" dan "custom album"
yang putih ada besi kat bucu tu "custom album". yang coklat besar tu "sticky album".
album ni boleh bertukar2 design dan rupe, material je sama. so jangan tanya nape dalam gambar lain... ini contoh!

DUTA VITAMIN
order masuk, payment belum. amik risiko reserve. nak reserve bermakna aku kena dulukan modal. tapi berani sebab percaya kat kawan. bulan ni promo terbaik, dua produk sekali promo.

Mealshakes - buy 3 free 1 / Buy 6 free 2 (retail rm113 X 3 / 4 = RM84.75, less RM28.25)
Collagen powder - Buy 6 free 1 (retail RM298 X 6 / 7 = RM255, less 42.50)

ni citer harga retail, kalau beli harga ahli, lagi superb jimat. tak payah la sorang beli sampai 3 ke 6 set, pakat donate beli reramai, kan dapat jimat tu... jimat banyak! nak share beli ngan aku pun boleh....


KERJA BERGAJI
semalam interview.
esok pagi interview.
petang esok pun interview.
now ape aku nak excuse esok?

tamo citer pape. ini antara benda yang aku buat kat sini

kadang2 seronok jugak layan reflection, background, shadow... masa ni tengah ade mood nak buat... banyak yang kena improve... tak nampak real... gambar2 album kat atas tu pun aku crop pastu edit background. zuel tanya "ingatkan crop gambar tu".. dia ingat aku guna gambar asal, tak crop. pehh.. bangga jap... haha. padahal dia tengok dalam wasap je, tak jelas sangat kot.

dan all this things keep mixing in my head... blerrghhh!
eh iklan jap :

Rindukanlah...

$
0
0
bila dah kawin ni zuel tak layan sangat aku mendedikasi lagu2 jiwang kat dia... tapi aku suka lagu ni.... 

Ku benar benar sayang pada dirimu oh kasihku
Janganlah engkau ragu pada diriku
Daku berkelana mencari harapan yang kita impikan
Dari terbitnya sang suria hingga tenggelam

Daku ini cinta sejatimu
Daku ini harapan hatimu
Oh janganlah engkau bersedih
Oh ikhlas ikhlaskan lah hatimu

Rindu rindukanlah diriku
Sepanjang hari harimu sayangku
Ku adalah milikmu sayangku
Ku adalah milikmu yang kau rindu

Doa doakanlah diriku
Di dalam hatimu
Di dalam nafasmu
Sepanjang hari harimu

Ku benar benar sayang pada dirimu oh kasihku
Janganlah engkau ragu pada diriku

Daku ini cinta sejatimu
Daku ini harapan hatimu
Oh janganlah engkau bersedih
Oh ikhlas ikhlaskan lah hatimu
Rindu rindukanlah diriku
Sepanjang hari harimu sayangku
Ku adalah milikmu..

Daku ini cinta sejatimu
Daku ini harapan hatimu
Oh janganlah engkau bersedih
Oh ikhlas ikhlaskan lah hatimu

Daku ini cinta sejatimu
Daku ini harapan hatimu
Oh janganlah engkau bersedih
Oh jangan janganlah kau bersedihkan hatimu kekasih
Rindu rindukanlah diriku
Sepanjang hari harimu sayangku
Ku adalah milikmu

10 tanda korang patut berhenti kerja

$
0
0
Setiap kali alarm berbunyi, ko tekan ‘snooze’ sampai 6-7 kali sebelum bangun nak siap2 pergi kerja. Perkara ni biasa berlaku dikalangan kita yang bekerja... pukul 8 tu macam huru hara sedunia sampai la kita dapat rileks minum kopi dan sarapan... atau pape je la yang buat kita selesa...


masuk hari Isnin, dahhh berangan harap2 esok Jumaat. Aku la tu, bukan korang, kot? 10 sebab kenapa korang patut istiharkan "Merdeka" dari kerjaya korang :

1 - Terasa macam takde point dah kerja tu. Sama ada memang diri sendiri bersikap negatif terhadap kerja, atau kerja tu tak seronok dah, atau korang dah tak nampak macamana kerja korang tu dapat memberi impak kepada syarikat.

2 - Kurang semangat. Setiap job task yang biasanya dapat diseselaikan dengan cermerlang, tapi akhir-akhir ni korang seolah-olah dah takde kesungguhan nak siapkan... buat asal boleh je...

3 - Kerja selalu tak siap. Puncanya mudah je, sebab korang dah takde motivasi dan keinginan tu macam dah tersedut keluar tak tau pegi mana... macam zombie datang kerja. takde perasaan. haha

4 - Beban kerja semakin bertambah tapi gaji takuk tuuu la jugak. Walaupun korang semangat nak kerja demi pengalaman dan nak tolong syarikat maju, tapi kadang2 tu rasa tak dihargai, tak naik gaji, takde bonus, ini boleh melemahkan korang...

5 - Takde masa untuk diri sendiri. Banyak masa dihabiskan dengan kerja sampai balik rumah pun masih tak boleh nak melepak sebab rasa macam masih ade benda tak settle.

6 - Korang rasa "plastik" kat tempat kerja. Biasanya korang ni jenis energetic dan banyak cakap, dan selalu terlibat dalam meeting dengan pelbagai idea dan cadangan. Tapi lately ni, kawan kerja korang pun cuma perasan korang masa lunch hour, diorang tak perasan ko pun masa kat opis. haha

7 - Asek terbayang kerja kat tempat lain lagi best, kat memana korang pegi pun rase macam oohh best kalau keje sini.. walaupun mase tu korang tengah duduk tunggu bas kat pondok buruk.... ni macam kes parah je ni...

8 - Kesihatan mula terganggu sejak akhir2 ni, padahal sebelum ni korang adalah orang yang jarang sakit, jarang amik MC, sekarang ni selalu sakit kepala, sakit badan, kemurungan, resah gelisah yang tak tau kenapa.... rasanya patut pikirkan semula pasal kerja yang sekarang ni...

9 - Korang hebat, skill mantop tapi tak dapat nak apply pada kerja, korang tak dapat buat apa yang korang boleh buat. Tersekat. Mungkin sebab skop kerja korang dah berubah ke cemana... takde maknyanya lagi... atau memang dah takde motivasi pun...

10 - Bosan sebab kerja tak mencabar. Bila ada masa free, korang gi buat aktiviti yang lebih merangsang otak dan memberi ganjaran pada diri sendiri...

So macamana? Korang rase korang ade semua ciri2 ni? tapi lex dulu... belum boleh merdeka, pegi la carik keje dulu, dah dapat baru resign...

ok? sekarang aku pulak nak carik resignation letter. Dah 5 tahun aku tak tulis, dah lupe... 
bai!


Bila bawa anak makan kat luar

$
0
0
Sabtu minggu pertama yang lepas, aku kerja - 8.30am to 5pm. Tapi memang boring kerja sabtu ni. Nak lagi masa tu ramai yang tak datang atau amik halfday... last2 tinggal bertiga je kat opis...

Lagipun hari sabtu tak ramai yang online, nak main wasap pun masing2 kat rumah, family time atau sibuk nak uruskan rumah. aku tau ler sebab aku pun gitu la kalau aku kat rumah.... hihih

balik kerja pukul 5, amik wyna kat babysitter, pastu zuel ajak pegi makan... i have no idea la bile zuel tanya nak makan kat mana..? pegi warung saga, ingatkan nak pekena satay, aiikk dah pindah ler pulak. last pusing2, kitorang singgah je la malay village kat kolam air. 

aku bukan nak citer sangat la pasal restoran ni. tapi kalau nak makan masakan melayu or jawa, bole cuba ke sini... aku just nak citer, bawa wyna berjalan atau makan kat luar, apa yang aku sediakan untuk wyna makan?
kalau restoran tu ade sediakan buah-buahan potong, aku akan order untuk wyna. kita pun memang elok makan buah dulu sebelum makan berat2 kan... atau boleh bawak sendiri. buah-buahan paling senang nak bawak untuk anak. kalau anak masih baby, bawak je avokado... belah dua, dah boleh terus suap... hehe
makan tembikai sambil tengok upin ipin... kalau tak bawak bekal air masak, aku order jus buah untuk wyna... no ice, less sugar. tapi kat sini jumpe jus alpokat - avokado + coklat... mula2 macam malas nak try sebab dulu dah try kat restoran indonesia, tak sedap! pahit ke payau... tapi yang ni, sedapnyeee.... bajet nak share ngan wyna je la...
mungkin rupenya tak berapa menarik, wyna tak hengen pun minum...
sorry la, sekarang ni aku selalu lupa nak shoot dulu sebelum makan. hehehe. menu ni nama dia "bamboo rice tropical style...." ape ntah lagi... nama dia agak panjang... hidangan ayam goreng, kopok binjai - aku tak suke kopok ni sebab pahit, acar timun, sambal belacan dan nasik kaler hijau.

Nasik dia letak dalam bekas buluh tu. rasa sedap, makan macam tu pun takpe. so aku suap wyna nasik tu dengan ayam goreng sikit sambil2 dia makan buah tu... kadang2 kalau makan kat luar ni, aku share je makanan aku ngan wyna. kadang2 order satu hidangan untuk wyna, bukannya habis, akuuuu la jugak perabiskan...
atau order kentang goreng untuk wyna. tapi dia tak makan pun... lagi suke makan tembikai. bagus la anak... so kentang ni aku ngan zuel perabiskan....
cendol durian. bau... mahvelles bagi yang suka durian la. sebenarnya aku nak ABC Durian macam dalam citer upin ipin tu... terconfuse dengan cendol durian... nampak kat dalam buku menu, terus je order... takpe2, nanti aku try carik ACBD pulak...
perut kenyang, hati senang... jom kita jalan. tapi tak bawak selipar, kite pakai selipar emak kite... masa sampai restoran ni, wyna tido... aku tak bawak la selipar dia. bile sibuk nak turun, dia bole mintak selipar aku, nak pakai... 
ini bekalan wyna masa aku check in hotel kat pengerang hari tu. simple je, sup mi suah dan air masak. satu bekas thermos ni cukup je untuk sehari makan. masak sup mi suah ni senang, kejap je siap. didihkan air, masukkan bawang putih, bawang merah, fishball cincang dan carrot dadu. lepas mendidih tu masuk mi suah. masak sampai kembang. mi suah ni kejap je dah kembang. 10 minit siap dah... biasanya aku tak tambah garam lagi, sebab mi suah ni ada yang dah bergaram. cuci sikit sebelum masuk dalam periuk.

masa wyna kecik2 terutamanya masa dia belum setahun, memang bawakkan bekal aje la kalau berjalan, nak2 kalau jalan jauh. dah besar dekat 2 tahun ni, dah agak mudah. pilih menu yang tak pedas, kalau dapat menu sihat lagi baik. tak dapat nak elak, kita kurangkan bahan2 yang kurang sihat.

Kisah hutang dan sedekah

$
0
0
semalam dalam whatsapps group, kawan aku foward satu perkara yang aku tak tau pun...iaitu "‘Pahala sedekah ialah 10 kali ganda dan pahala memberi hutang ialah 18 kali ganda"... Alhamdulillah atas perkongsian yang disampaikan... inilah jugak kenapa aku cuba gak nak bagi orang pinjam duit even masa tu aku pun cukup2 je nak guna duit...

Tapi kadang2 tu konflik dalaman jugak la... ade la suara2 yang cakap "sendiri pun tak mampu, macamana nak tolong orang... tolong diri sendiri dulu sebelum tolong orang lain..."

Gitu. betul ke? betul ke aku tak mampu? apa ukuran "tak mampu" tu? adakah sebab aku pegi kerja takde duit, beli sarapan kuih dua ringgit pun korek kat laci kereta, itu dikatakan tak mampu? kenapa ye nak cakap tolong diri sendiri dulu sebelum tolong orang lain...? aku mintak tolong kat siapa ye? manusia ke Allah?

Kenapa kadang2 aku tawakkal je la bagi orang pinjam duit, atau bagi orang duit (sedekah) even sendiri pun masa tu tengah susah (tengah tak banyak duit)?

1st - sebab aku yakin, kalau aku permudahkan urusan orang iaitu bagi orang tu pinjam duit dikala terdesak, InsyaAllah esok2 time aku terdesak, ada orang nak tolong. bukan terdesak duit je, bantuan rezeki boleh datang dalam apa2 je bentuk... aku tak tau apa yang mungkin berlaku dimasa depan...

2nd - sebab aku yakin, duit yang aku ada ni pun Allah yang bagi, Allah yang punya. tetiba ada hambaNya yang lain datang nak pinjam, tak salah kan aku bagi?

3rd - sebab waktu aku tengah susah ler aku kena banyak memberi... kesempitan? takde duit? bersedekah lah... "Jika engkau sedang sakit bersedekahlah, jika engkau sedang dalam masalah bersedekahlah, jika engkau terlilit hutang bersedekahlah, jika engkau ingin kaya bersedekahlah.. make a sedekah as prime needs." - ntah status sape aku copy paste sini.. 

Mari kita ikuti hadis ini:-
Begitu juga hadis Nabi SAW menyatakan: “Pada malam aku diisra’kan (Mikraj) aku melihat tulisan di atas pintu syurga, ‘Pahala sedekah ialah 10 kali ganda dan pahala memberi hutang ialah 18 kali ganda‘. Aku bertanya Jibril kenapa memberi hutang lebih banyak pahalanya daripada sedekah? Jawabnya, kerana orang yang meminta sedekah dalam keadaan meminta sedangkan dia mempunyai harta. Sedangkan orang yang meminta pinjaman tidak akan meminta pinjaman kecuali kerana sesuatu keperluan” (Ibn Majah dan Baihaqi).

Firman Allah S.W.T:-
“Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki), dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.” – (al-Baqarah 2:245)

Cuma aku belum sampai tahap sanggup beri semua macam sesetengah orang yang berani buat. Dia berani buat sebab dia sangat yakin Allah akan tolong dia bila dia tolong orang lain... macam zaman para sahabat, zaman nabi dulu2...sampai sanggup sendiri pun takde makanan sebab bagi makanan kat peminta sedekah, padahal sendiri pun susah... tapi mereka tak pernah pikir - takut takde duit, takut susah... 

Kalau ada yang mintak tolong pinjam duit, kalau ade, aku beri.. kalau aku ade sikit, aku beri sikit, kalau takde, aku cuba ada kan, kalau aku rase memang tak dapat nak tolong sangat, dengan berat hati aku minta maaf... 

tapi lagi satu, kelemahan aku... aku bengang (ni kira dah tak ikhlas ni...haha) kalau orang tu pinjam duit aku tapi dia mampu... maksudnya pinjam duit, tapi tengok2 pegi jalan, pegi shopping, makan sedap... ammbbboooiiii! celah mana pinjam duit sebab terdesak tu yee...

hmm... pagi ni zuel pun cakap, "jangan pikir2kan sangat masalah duit tu, kalau ade, ade lah, takde takpe... kalau kita susah hati sebab duit, tu maknanya duit dah menguasai hidup kita...."

senyum

Surat berhenti kerja

$
0
0
Surat ni dalam English. aku rasa mostly pun guna surat berenti dalam English. aku rasa tak pernah kot aku hantar surat berhenti dalam BM. ke ade sekali dua?

sebab company yang aku pernah kerja, semuanya company Cina. MTM Publishing (majalah motor trader) je yang dulunya company mat saleh. Tapi manager ngan head department melayu lah. ada satu company je yang aku resign tak bagi surat, tau2 je esok tak datang pasal aku bengang kena marah, malu nak datang opis dah... haha. ok ni masa baru grad, budak2 tak kebal lagi... 

minggu2 yang lepas, aku ada interview dari 2 company. ini agak berbeza sikit sebab bukan dari advertising company, printing atau design house. satu company buat uniform dan satu lagi company buat kaca.

DDG Glass Masai

1st aku parking je tepi jalan, aku terus wassap member "bapak besar kilang ni!" berpeluh ketiak nak sampai hujung sanaaaa...hujung sana tu pun tak nampak kat dalam gambar ni kan...

ok kilang ni adalah kilang pembuat kaca... mostly untuk building atau interior design. sebagai designer kat sini, kerjanya kena buat design yang akan dicetak atas permukaan kaca tu. Impress? yes... aku kagum sebab tak pernah tengok lagi proses ni. dan tak terpikir lak kaca2 yang bercetak, yang digunapakai kat bangunan2 besar tu memerlukan graphic designer... 

Cuba kira ada berapa tingkat? masa aku interview ni, lift belum beroperasi. gigih kena naik tangga sampai tingkat atas... memang opis dia besarrrr.... meeting room yang aku nampak ada 3, conference room, kantin macam kantin sekolah, ada meja bangku... dan rasanya 80% bangunan ni dibuat dari kaca terutamanya pintu, meja, even whiteboard kat semua bilik meeting pun dari kaca yang diorang produce sendiri... 

expected salary? dengan jarak tempat ni dari rumah aku, dan dengan gahnya bangunan kilang ni, dengan product hi end yang aku yakin harganya puluhan ribu, aku rasa tak segan nak up sampai extra RM800 dari gaji sekarang. 

tapi sampai sekarang takde jawapan lagi. so aku accept lah job offer dari kilang uniform. gambar takde untuk mengelakkan terkantoi aku keje kat mana... muahaha. ok macam tak kelakar.

Petang Isnin yang lepas, dengan berat hati, aku letak jugak surat berenti kerja. Sila copy kalau nak guna gak. Bunyinya macam ni :

"Dear Ms HR (nama HR manager)

I regret to inform you that I am resigning from my position as (jawatan korang) for the (company korang bekerja sekarang). I will be submitting my 30 days notice and plan to leave within next month. My last day of work will on (bila hari terakhir bekerja).

I have decided to make this move to seeking new opportunities of work. I have enjoyed working here and feel that I am leaving with a great deal of experience. Thank you for the support and the opportunities that you have provided me during the last several years. I have enjoyed my tenure with the company.

I will be more than happy to assist you in anything you need help with as you look for a replacement to fill my position. Please do not hesitate to reach out if there's anything at all I can do for you during my remaining time here, or in the future.

I appreciate your support and understanding, and I wish you all the very best."

gitu. esoknya opismate aku pulak interview... dia tanya kenapa aku nak resign.? aku cakap la saja2 nak tukar kerja, nak cari kerja lain... tapi dengan export manager yang in charge aku selama ni, aku jawab "I'm seeking new opportunities and better offer" itu ayat sopan. ayat tak sopan dia "nak cari keje lain yang gaji lagi besar sebab company ni naik gaji lambat dan sikit sikit"... haha

kang ade lak yang kata"syukur la naik gaji dari tak naik langsung"... 

gini. bukan aku tak bersyukur ya... syukur keje sini, company ni best. paling flexible. asal keje ko siap, sudah. ko nak chat, nak buat kerja lain ke, nak tengok korean movie ke (ex designer siap tengok movie sebab takde keje nak buat)... suka hati...(tapi jangan la tunjuk terang2 ko takde keje / tak buat keje)... cuti pun tak strict, mc takde surat mc pun takpe, tick je unpaid leave, HR tak pernah bising so far... selagi tak over melanggar borderline company, diorang ok je. setiap tahun ade bonus sebulan gaji, ada annual lunch, semua orang akan dapat hadiah masa tu, hadiah barang, voucher atau cash. 5 tahun aku kerja sini, 3 kali dapat barang, 2 kali voucher jusco, 1 cash.

lepas tu keje design kat sini, aku sorang je yang buat. staff yang lain buta adobe, takde siapa akan kacau or tekan aku untuk siapkan design. diorang bagi soft reminder je kalau rasa macam aku terlupa or lambat bagi design kat diorang...stayback? tak pernah langsung. waktu office hour pun tak banyak keje, kejadah nak stayback?

So, sebab tu aku pun tak la nak bising sangat pasal gaji tak berapa nak naik... sesuai la ngan kerja aku yang tak banyak ni... cuma aku move on sebab living cost, komitmen, semua naik naik naik... tahun depan GST nak start dah. aku ngan zuel pun kadang2 terkucil, tersentap, terbengang, terrr terrr terrr lagi bile bincang pasal ekonomi rumahtangga. so aku rase aku kena buat sesuatu dalam masa terdekat dan singkat selain bisnes. That's why aku kena jugak move on... 

win some lose some - itulah yang aku kena hadap bila aku decide nak tukar kerja. lepas ni aku kerja setiap sabtu, half day. keluar lebih awal, sebab masuk kerja pukul 8 pagi. tapi balik awal gak, 5 petang. jangkakan kemungkinan kena stayback kalau ade kerja urgent. tapi paling lama pun sampai pukul 7 malam je sebab kilang tutup 7 malam. takde update blog kat opis, chat, download lagu, kerja freelance kat opis... takde dah.. dalam tak sedar, itu yang terbaik kan. bagus la, tak buat kerja lain atau mengular waktu kerja. 

pada aku ini tawaran yang boleh dipertimbangkan kalau nak bandingkan offer yang lain2... sebelum ni aku pernah tolak satu offer dari advertising agency yang offer gaji lebih kurang nak sama ngan company yang baru ni... tapi awal2 lagi dan boleh imagine dia punye pressure tu. contohnya seminggu kena siapkan 4 job task. kadang2 kena masuk singapore... waktu kerja lagi sadis, 10 pagi - 7 malam. kalau stayback? pukul berapa nak balik?

takut? memang takut. tapi kalau takut, masalah aku tak selesai. kalau dah pernah baca entri2 aku sebelum ni pun, aku pernah cakap aku bosan kerja skrang, nak new environment, new friends, tanak duduk statik je macam sekarang ni... so ni lah masanya... aku tukar kerja bukan untuk gagal, tapi sekurang-kurangnya aku mencuba. kalau gagal, gagal lah. - ni dialog dalam kusinero cinta masa justina nak bukak La Secret. haha... tu dia, nengok drama, jangan lupa tangkap dialog terbaik. macam dalam filem after earth :

“Fear is not real. The only place that fear can exist is in our thoughts of the future. It is a product of our imagination, causing us to fear things that do not at present and may not ever exist. That is near insanity. Do not misunderstand me, danger is very real but fear is a choice.”


Cara nak apply jawatan "Suri Rumah" bagi yang berkerjaya

$
0
0
Panjangnya tajuk... copy paste dari status friendlist fb - (Noor Hazwani)... oklah... here we go...

Nak share pengalaman sikit macammana boleh berhenti kerja dari jadi engineer ke surirumah..

Langkah-langkah menjadi surirumah sepenuh masa :
1. Bincang dengan suami pasal kewangan keluarga sebab dia yang akan tanggung nanti
2. Inform keluarga dan keluarga mertua
3. Setelkan semua hutang kad kredit yang ada
4. Cancel semua kad kredit
5. Mansuhkan semua expenses bulanan yang tak diperlukan
6. Pastikan ada simpanan 2-3bulan gaji sebagai back up plan kalau nak buat side income
7. Mentality kena kuat especially kalau minat online shopping.. No more online shopping beli barang mengarut2 dan tak perlu..
8. Beli buku masakan sebagai panduan nak memasak hari2 jika tak pandai masak.. takkan surirumah nak tapau lauk dari luar je kan?
9. Bersedia secara fizikal kerana jadi fulltime housewife sesungguhnya lagi memenatkan..
10. Jangan risau jika takut bosan bila di rumah.. Percaya lah... 24 jam akan terisi dengan kerenah anak2..
11. Bersedia dengan suara2 sumbang yang akan asyik dok mengata rugi belajar tinggi, jadi surirumah.. tinggalkan kerjaya, gaji tinggi.. bukan derang yang tanggung pon..jadi, abaikan...
12. Jangan lupa kawan2... Nanti sunyi pulak takde org nak bercerita hal2 dewasa... Asek cerita Boboiboy,upin ipin ngan pororo je..hehe..

Persediaan bagi suami
1. Suami kena bersedia dari segi kewangan... Tak perlu mewah.. cukup makan, pakai, insurance, tempat tinggal, setel..
2. Suami kena faham rutin seorang surirumah.. sekali sekala bawakla isteri berjalan jalan sebagai bonus bekerja 24 jam sehari.. takdela dia rasa terperap dalam rumah je.
3. Percaya dan yakin...rezeki datang dari Allah..bukan dari manusia..
4. Sentiasa support isteri dan masih menolong buat kerja rumah..

InsyaAllah... Semuanya akan berjalan dengan lancar.. Pastikan niat betul...
Saya berhenti kerja dengan niat nak anak makin sihat.. tak lagi sakit.... Alhamdullillah sejak berhenti, tak pernah lagi sakit teruk sampai kena admitted hospital... Anak pon makin happy.. kita pon happy dapat tengok anak membesar depan mata.. rezeki, alhamdullillah tak pernah putus lagi.. suami faham.. keluarga faham..

Bagi yang masih ragu2, bincang elok2, buat solat hajat, solat istikarah, mintak panduan.. Kadang2 bila buat kira2 macam tak cukup je duit.. tapi setiap bulan, cukup je duit.. semua tu rezeki..

Sekian...
************************************************************************
baru semalam aku cakap2 kat zuel pasal nak berhenti kerja, jadi suri rumah je... aku tak berani gamble lagi... komitment beriban, nak dan dan berhenti kerja tu memang macam tak boleh lagi. kalau aku takde hutang bagai, aku berani je berhenti kerja. At least aku berani la nak cuba2 jadi surirumah dan start bisnes dari rumah je... 

aku ada few kawan2 yang lepas kawin tak kerja, jadi surirumah tapi now dah berjaya ada income dari bisnes sendiri, boleh je tambah pendapatan. tapi mungkin diorang memang takde komitmen la kot...

tapi jadi suri rumah memang penat... macam2 kerja nak dibuat. aku yang takat duduk rumah 2-3 hari pun letih wat kerja rumah... job task dari pagi membawak ke malam, ade je next! next! next!


Viewing all 478 articles
Browse latest View live